Posts

Showing posts from April, 2014

better late than never ;)

Image
assalamualaikum ingat kan tahun ni takde dah hadiah besday dari suami tapi dah rezeki, dapatla jugak.hihihi walaupun dah terlewat 60 hari dari tarikh besday tapi takpelah sebab hadiahnya pun berbaloi baloi bak kata omputeh 'a gift worth waiting for...... ;) sebenarnya if takde hadiah pun dah tak kisah besday ke28 suami dah belikan laptop sony vaio, kaler pink lagik tahun lepas besday ke 29 suami dah belikan samsung galaxy tab jadi tahun ni tak tahu nak apa dah memangla teringin nak tambah koleksi jam tapi sekarang dah ada 3 utas dah ada jugak yang diletgo so rasa taknak la pulak tambah jam suami pun memang asik bangkang je if nak beli jam so dia cakap nanti dia bagi duit untuk beli rantai so sabtu lepas pergila kedai besan mak suami kasi duit rm1k je so nak cari yang dalam bajet tu jelah malas nak tambah duit sendiri kebetulan jumpa yang berkenan rantai halus je pun tapi sweet sesangat lagipun sekarang ni emas murah, so baik beli emas je rantai ke...

muis membebel lagi

Image
assalamualaikum dari pagi semalam rasa tak sedap badan bersambung pulak ke hari ni perut lapar tapi nak makan tak selera sangat makan jugak sikit sikit tapi still rasa lapar, sebab selalunya makan banyak.hihihi semalam seharian dari pagi nasi je yang masuk 2,3 suap padahal dah tapau nasi kukus abe mie selalunya konfem sebungkus licin petang semalam balik dari rumah mak tak makan jugak makanla betik sehiris pastu terus tidur minggu ni minggu subur, tengah berovulasi, suhu badan naik tu yang rasa tak sedap tu malam tadi pun sebelum tidur telan panadol 2 biji takut nanti demam padahal lupa kalau tengah subur, memang suhu badan naik kot dahtu seharian tak makan, dah 3,4 malam tak jamah nasi dah mulala rasa senak ulu hati susah jugak nak diet kalau ada gastrik ni balik kerja petang nanti dah bagitau suami nak singgah tapau kuetiow tomyam stok buah pun ada dalam peti, okla tu nak alas perut malam ni jangan jadi lagi macam malam tadi, tidur dalam kelaparan mak mentua s...

panas

assalamualaikum Allahuakbar..panasnya cuaca sekarang ni rasa tak tentu arah dibuatnya hari kerja takpelah dari pagi sampai ke petang dalam aircond tapi hari jumaat sabtu stay kat rumah je rumah mentua rumah kayu, if malam okayla sejuk tapi bila siang hari punyalah panas minggu lepas aku siap makan dengan buat kerja kat luar rumah atas kerusi batu bawah pokok angin pulak bertiup sepoi sepoi bahasa barulah rasa lega sikit penah sekali tu aku baring pastu letak ais dalam tuala,  letak di kepala mak mentua masuk bilik tanya aku demam ke.hihihi if balik rumah mak okayla sikit rumah batu siang hari tak panas tapi disebabkan cuaca panas sgt still rasa tak selesa aku ni kepala otak dahla terlebih sensitif sekali sakit mulalah berdenyut denyut dari siang ke malam kebetulan sehari dua ni nenek baru keluar wad so ramaila sanak saudara datang menziarah kat rumah mak ni dengan ada orang ramai lagilah aku serabut dasar moody, kengkadang aku okay if orang ramai tapi k...

Kii Iff Sii (KFC) Pasir Tumboh

Image
assalamualaikum 2 hari lepas bawak kawan sekutu aku adik long beli barang buat coklat, otw balik dia cakap nak belanja makan. so aku pilih kii iff sii je, sebab tak lapar sangat pun kfc kelantan je ke yang ada ejaan kfc jawi? tiap kali ternampak signboard kfc ni mesti nak baca yang tulisan jawi tu.hehe kfc pasir tumboh sekarang ni kira yang paling terdekat la if teringin nak singgah kalau dulu kfc kubang kerian, tapi ikut selera aku yang kat situ tak best lepas tu kalau tapau asik tak complete je dah tahu tak complete remind la kat customer suh tunggu ni tak sepatah hapa tak cakap balik rumah tengok2 kurang satu, dah 2,3 kali terkena so aku dah pangkah ye kfc kubang kerian tu overall, kii iff sii pasir tumboh ni best luas pastu ada playground pastu ada redroom ni.hehe pepandai je aku bagi nama sendiri, tapi ruang ni memang best macam tertutup sikit small table, seat cantik...if nak dating seswai sangat tambah lagi aku ni penggemar merah harusla ambik ...

entri bila PMS

Image
assalamualaikum disclaimer: entri yang ditaip masa aku tengah beremosi!!!! boleh kata 99.9 peratus kwn satu sekolah, satu uni dengan aku dulu dah kawan dan ada anak ada yg sorang, ada yang 2, ada yang 3, dan ramai jugak yang otw nak tambah cahaya mata sumpah demi allah aku jeles. biasalah mak kan..mesti suka nak post gambar keletah anak itu ini di fesbuk, di blog aku yang still takde anak ni makan hatila tengok baby comel, perut berisi org lain kadang tu bukan menyombong taknak komen taknak bertanya khabar, tapi kesudahannya, aku yang makan hati, menjeruk rasa. kesudahannya aku la jugak yang menangis sorang memikir mikir nape aku takde anak? banyak sangat ke dosa aku ni sampai tuhan nak uji mcm ni? aku siap leave grup wasap kawan2 masa belajar dulu padahal kawan rapat kawan sekelas saling bertanya khabar, berkongsi cerita tapi memandangkan semua ahli kat situ mak mak kecuali aku je yang tak beranak, so topik utama of kos la anak kan so dari aku menyeksa hati a...

guilty pleasure

Image
assalamualaikum otw balik kerja petang semalam sempat bertanya merangkap merungut pada suami tanya pendapat bila malam nak makan apa selain nasi kalau boleh malam memang taknak makan nasi tapi laparrrrr.huhu teringat segala macam nasi goreng terus laju je tangan wasap suami suruh belikan hari  ni nasi goreng ayam, esok nasi goreng daging kunyit, lusa mihun tomyam dan seterusnya malam malam selagi mata tak lelap selagi tulah tangan laju menyuap makanan kadang kadang sampai perut jadi tak selesa esoknya bangun pagi pun perut rasa lain macam je berat ni makin lama makin naik minggu lepas masa pegi klinik timbang kat sana tengok tengok dah cecah 55.5kg sebelum ni dok maintain je 53,54kg sekali dah cecah angka baru susahla nak turun so suami cakap makan la roti tapi sayang tak suka roti, jawab si isteri makanla buah..kata suami lagi tapi stok buah takde dalam peti ais.huhu macam macam alas an ...

cheese kek tak meleleh

Image
assalamualaikum minggu ni aku berjualan lagi di tempat kerja jual cheese kek la pulakkk tapi of kos la bukan aku yang buat makan aku pandai, nak membuatnya haram tak pandai.hihi tolong tolong jual bolehla kek cheese tak meleleh air tangan kakak saya, cikgu ismira konfem sedak sengoti sekali try nak lagi.hihi yang ni repeat order dari kawan di tadika packing yang besar ni rm15 je satu bekas bekas kecil rm5 minggu ni kawan order 4 bekas yang besar 4 bekas yang kecil lagi 2 bekas aku beli untuk diri sendiri satu bekas terus ngap di tadika satu bekas lagi nak bawak balik untuk suami kek ni of kosla sedap kan kalau tak takkan ada repeat order plak kawan aku   blogger tersohor cikji  mula mula beli bekas kecil je esoknya datang kerja terus nak order lagi bekas besar haaa tu dia bukti cheese kek ni terbaik memang cheese tak meleleh tapi konfem terbaikla lagi satu yang boleh jadi testi adalah dari suami aku sendiri...

koleksi free stuff

Image
assalamualaikum takde mende nak stori hari ni dalam blog so belek gambar dalam pendrive jumpa koleksi barang barang free  yang aku snap suka hati aku adala a few free stuff aku n B dua dua sukaaaaa barang free sape tak suka dok? hehehe kadang kadang aku rasa aku beli something tu sebab barang free je pun bukan sebab nak kat barang tapi nak benda free hatta percuma satu mangkuk plastik kalu beli 2 paket mee maggi pun aku rasa nak beli jugak..huhuhu macam kronik je dengar masalah aku ni pantang g supermarket ke mana mana ada jual barang tengok je ada free stuff terus rasa nak nak nak tapi biasa aku akan fikir dulula perlu ke tak barangnya kosnya mahal ke murah ke tengah ada duit ke takde duit ke jom terjah koleksi aku ni sikit je nanti aku nak update dari masa ke masa.hehe UPDATED 05-04-2014 mak aihh lamanya tak update free stuff kat sini bukan takde, cuma malas.hihi mood mengumpul barang free dah kureng sikit sibuk keje...

mulut jahat

Image
assalamualaikum hari ni ada temujanji di klinik nak ambik result darah bulan lepas lepas suami gerak pergi kerja aku terus siap siap 730 dah gerak pergi klinik  masa sampai dah ada orang tapi still awal la lagi bila jumpa doktor alhamdulillah result semua ok hormon semua ok so doktor terus sediakan surat reference untuk rujuk pakar gynae memula aku cakap nak rujuk ke HUSM then bila nurse call nak setup tarikh dia cakap tarikh free hujung August mak aihhh lagi 5 bulan, lama tu so aku mintak nurse yang in charge tu kansel dan mintak rujuk ke HRPZ II alhamdulillah dapat tarikh 28.5 lama jugak lagi 2 bulan tapi okayla kot dari bulan 8 surat rujukan dah dapat tak sabar nak mulakan langkah pertama in sha Allah kali ni usaha ni akan berterusan semoga semua dipermudahkan doktor pun bagitau nanti suami kena pergi jugak maybe aku akan di scan la kot tak kisahla treatment apa pun yang penting kami berikhtiar nasib baik suami kerja ...

bercinta di malam hari

Image
assalamualaikum semalam belek belek entri lama pasal aku dan suami terus terfikir..owh dah lama tak tepek cerita pasal aku dan hubby kat sini seronok baca entri blog sendiri especially kalau moments aku dengan suami.hihi sekarang ni dah hampir 3 tahun kawen aku takde anak lagi so malam malam memang boring sangat sangat suami pulak tiap tiap malam bukak kedai 7 hari seminggu kalau dulu adala jugak tutup jumaat atau sabtu so malam malam dalam pukul 8 lepas suami pergi kedai memangla aku duduk sorang jelah selalunya memerap dalam bilik so tiap malam keje aku on9 jelah update blog, bukak fesbuk, layan wasap takpun aku layan movie satu movie setiap malam lately aku dok layan korea la pulak layan korea sampai ngantuk pastu terus tidur sekarang ni aku dok layan drama heartstring bagi aku bestla citer ni, sebab hero hensemmmm tu ralit dok layan tiap malam kadang2 tak wasap pun dengan suami suami pulak kalau aku tak wasap dulu haramla dia nak wasa...