Posts

Showing posts from March, 2016

Nani si Penguin.

Image
Assalam. Balik cuti sekolah kali ni, si Nani Sophia dah boleh berjalan dah. Dah pandai layan tv. dah pandai layan ipad. Dah pandai pegang pensel n kaler kaler. Dah taknak main dengan kita dah.huhuhu Tapi aku surprise bila tengok si Nani dapat pegang pensel dengan betul. Dia baru setahun kot. Student aku pun ada yang dah 6 tahun tapi pegang pensel tak betul. Memang if nak banding dengan kakak si Suri tu, si Nani ni nampak lebih cerdik la kot.kihkihkih Kakak, Suri, Cik Inie say sorry okes... Wahhh kemain khusyuk. Padahal dok conteng buku kakak Suri je. Tapi terserlah kerajinan dia kat situ.kahkahkah Then bila aku sekodeng hf kakak, nampakla gambar ni. Kakak cakap dia tengah dok conteng conteng gambar penguin robot tu. Tetiba terus buat gaya penguin. Siap terangkat tangan lagi tu.wuwuwu. Anak sedara sapola cute sangat ni. Lambatnya nak raya. Nak jumpa dak Nani lagi.....

Ke Rantau Panjang.

Image
Assalam Last week kakak ada balik. Nani Sophia pun ada. Suri Hannah pun ada. Mula tu aku apply cuti ahad sampai selasa. Tapi lepas tu rasa macam bazir cuti la pulak. So aku kansel cuti n plan everyday lepas balik kerja, singgah je rumah mak. Malam suami datang ambik. Khamis baru nak cuti. Plan jelah kononnya. Tup tup hari selasa kekanda wasap cakap suruh cuti hari rabu. Dia nak ajak ke rantau panjang. So aku pun cutila dalam keterpaksaan. Pagi rabu otw suami nak pi kerja dia hantar balik rumah mak. Kalau plan cikgu isroha aku dah tau dah. Kata nak g mana mana pun, selagi tak cukup timing, dia tak gerak. Selalunya orang keluar pagi, dia nak keluar lepas Zohor la pulak. Kalau tahu baik aku pi kerja je halfday.huhuhu Seharian memerap kat rumah, tersangatla tak produktif. Dahla si nani Sophia tu dah makin besar, dah boleh jalan, dah pandai layan ipad. Aku ni tak dilayannya.huhuhu Matching gittew cik Inie n nani. Sama ...

Cuti Sekolah Mac 2016

Image
assalam. dulu, masa masih mengajar, cuti sekolahla yang paling dinantikan. bila tahu boleh release dari lesson plan untuk seminggu atau 2 minggu rasa happy sangat sangat. rasa macam seketul batu kat atas bahu ni dah terangkat n boleh dibaling balik gamaknya.hehe memangla bila cuti sekolah still kena datang kerja tapi still happy je menunggu kedatangan cuti sekolah. tapi tahun ni aku dah tak mengajar. so cuti sekolah dah tak se'eksaited' macam dulu dulu. mulanya untuk cuti kali ni, aku apply cuti 3 hari ahad sampai khamis. tapi bila sampai masa rasa malas la pulak nak cuti. lagipun kat ofis ni aku dengan admin clerk je yang ada. dia pulak tengah sarat mengandung so macam kesian jugak nak cuti lama lama.  memangla kakak ada balik tapi aku plan balik kerja singgah je rumah mak n suruh suami datang ambik malam. cadangnya nak cuti hari khamis jelah sehari sebab malamnya anak sedara dah nak balik. tup tup esok kakak cakap nak ajak ke rantau panjang. dah dia balik b...

Berjimba di Seri Nipah Resort Part 2

Image
assalamualaikum. sambungan berjimba di Seri nipah last week. sampai je kat sana lebih kurang pukul 5, cikji tengah solat. kami dapat chalet no 2. jalan terus ke depan terus jumpa pantai. best je bila angin bertiup sepoi sepoi bahasa.kihkihkih ada balkoni luas boleh lepak lepak nak makan nak baring nak sembang nak selfie wefie semua boleh.hihi ada 1 katil queen dengan bunk bed nak tidur lebih dari 5 orang dipersilakan bawak narita sendiri ye. selimut yang ada jenis soft blanket memang tak boleh cover sejuk, so sila bawak selimut tebal sendiri jugak.hehe bilik fully aircond, ada tv, almari, dengan meja je. nak cerek air panas boleh mintak dengan staff. bilik air ok. ada hot shower. tapi baldinya sedikit usang. cikji tolong take note ye.kihkihkih pagi esoknya ntengok tengok ada katak dalam bilik air. so aku kuis masuk je dalam lubang air n tutup balik. lepas tu aku ambik cerek air tu tindih kat atas taknak bagi dia keluar. geli wehh nak mandi nak be...

Berjimba di Seri Nipah Resort Part 1

Image
Assalamualaikum.  Cuti weekend ni in sha Allah tak boring.  Sebabnya dah janji dengan girlfriends nak g berjimba di chalet cikji. Hehe Memula plannya nak pegi last week sempena besday aku 1 hb n cikji 5hb tapi ada pulak yang ada urusan so decide minggu ni je.  Kali ni ayam bbq aku yang prepare.  Semalam dah cilok resepi ayam bbq madu dr google.  Risau aku entak sedap ke tidak. Huhu. Loya tekak aku dok rasa rempah yang raw tu lepas perap kat ayam. Entah sukatan betul ke tidak. Resepi yang aku ikut ni patutnya resepi ayam bbq madu. Tapi nampak macam ayam perap kunyit je.hihi Rasanya nanti kena bakar seketul dulu n test sedap ke tidak. .  If tak cukup rasa bolehla ejas nanti. Aku tak letak pun gula sebab dah letak madu 2 senduk kecik.  Hari ni bangun pagi pagi aku terus basuh baju n jemur. Harapnya sempatla kering n angkat terus dari ampaian sebelum aku gerak petang nanti. Kalau harapkan laki, aku balik esok...

Gerhana Matahari

 Assalam. tak pernah tahu pun selama ni rupanya gerhana matahari tu salah satu petanda mungkin terjadinya kiamat. "Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah saw dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku. Tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya..baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat. Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah saw akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika Al lah SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat... Itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah saw melakukan solat sunat dan ...

Ujian Zuriat

Image
Assalam. Sejak akhir akhir ni, ramai sangat orang disekeliling dan dalam lingkungan kawan yang beroleh berita gembira. Tak kiralah yang dekat atau yang jauh dengan aku.  Ada yang tengah pregnant menanti hari nak deliver. Ada yang baru je deliver anak sulung. Ada yang baru deliver anak ke 2. Ada yang baru positif UPT anak sulung. Ada yang baru positif UPT anak ke2. Dalam blog pun, a few blogger yang aku follow pakat dok share pasal pregnancy kat blog. Tu belum masuk yang setiap hari share pasal anak di fesbuk, instagram. Syukur alhamdulillah, rezeki dorang. Then, terbaca la orang tulis. If dah kawin, tak payahla nak cakap cakap bila bila nak anak. Lepas 6 bulanla, lepas setahun la.  Kalau tuhan nak uji, terus tak dibaginya anak. Tup tup teringat, dulu masa sebelum kawin ke awal awal kawin aku pernah cakap nak anak lepas setahun kahwin. Masa tu mungkin aku rasa tak ready lagi.  Tapi lepas tu dapat anak sedara, tengok anak sedara comel je, terus aku pen...

POPLOOK DRESS: FROM M to L.

Image
assalam. last week http://poplook.com/ adala bagi coupon 20 percent untuk semua item dia. so alang alang dah gaji n aku pun dah boring dengan baju/dress yang sama so ingat nak la shopping dress barang sehelai dua.hehe dah lama kot sejak last beli poplook. lupa dah bila. maybe last 2 years kot. so aku bukak la kolesi yang ada bawah sale 60%. tambah lagi dengan coupon 20%, so dress yang harga dalam rm96 tu inc gst dalam rm30-rm31 je. murahla sangat.huhu memulanya grab 1 je. then survey lagi berkenan la lagi selai. disebabkan aku tak berapa sure dengan saiz, beli 1 m, satu lagi saiz l. tapi bila dapat je, dress yang aku beli tu rupanya bercutting. yang m tu haram memang 1 muat. budak 1 tempat kerja ni, yang paling slim sekali try, elok je dengan badan dia.huhu lepas je dia try terus mai tanya aku nak jual rm berapa. berkenan la tu..huhu frust saya. dress ni namanya NADICA PLEAT FRONT CHIFFON MAXI DRESS-MIRROR PRINT yang hitam berry tu memula aku beli saiz m. diseb...

Chocolate Chip Cookies

Image
                  Assalam....                                                                                                                           entri lama dalam draft. antara choc chip cookies kegemaran aku. first time beli masa tu dengan stranger entah macamana ter...

Madu

Image
Assalam. hari ni nak cerita pasal madu. tapi bukan madu share laki ye. tapi madu yang kita buat makan tu.hehe bulan lepas suami bawak balik madu dalam satu botol kecik. katanya madu kelulut. so aku tryla. hmmm sedap sebab tak manis sangat n ada rasa masam masam sikit. if tak tahu aku ni hantu benda masam masam. so cakap kat dia bila yang botol kecik ni habis tolong belikan untuk aku. aku nak makan. suami memang tiap pagi makan madu satu sudu sebelum pergi keje. tapi yang dia punya madu lebah biasa. if aku selsema atau batuk, dia cakap makan je madu, jangan makan ubat. tapi aku tak suka sebabnya madu lebah tu manis. yang madu lebah kelulut ni katanya kawan dia bagi. agaknya yang dia jualla la kot. walaupun kecik lama jugak tahan. aku siap cakap kat suami, madu kelulut ni aku punya, jangan makan. dia boleh makan yang madu lebah je.hahaha dasar bini kedekut. so bila dah habis suami pun belila yang lain. tapi rasanya madu kelulut ni lagi mahal dari madu lebah k...

32 sudah.

Image
assalamualaikum. entri sempena besday.hehe haihhhhhh 32 sudah. tak tua tak muda. dewasa la kot. sepatutnya usia ni dah matang, tapi bagi aku, aku ni matang pada sesetengah hal. sesetengah hal lagi, aku masih muda remaja di hati. kihkihkih besday tahun ni nothing special. selalunya suami balik time aku dah tidur dia akan kiss n wish happy besday tapi tahun ni tak.wuwuwu bila aku tanya, dia cakap mengantuk sangat sangat. sampai hati! pagi esoknya baru wish. apa apa jelah laki oi.  hadiah entah ada ke tidak. kek entah ada ke tidak. kad entah ada ke tidak. mengada sangat kan? kihkihkih tapi dah request nak purse baru. kita tengokla nanti dapat ke idok.huhu facebook aku pulak aku dah lupa sejak bila aku setting yang tak boleh orang tulis kat wall. so a few friends dorang pandai je wish kat link blog.hehe lepas tu baru aku openkan untuk friends. anyway, thank you for the wish. itu tandanya masih ada yang ingat. masih ada yang care. masih ada yang anggap aku ni lo...