Posts

Showing posts from March, 2020

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM

Image
Assalamualaikum wbt. Disebabkan Muis baru pandai buat ikan siakap stim, jadi marilah kita share respinya di sini. As for me..aku tak suka follow 1 resepi. Biasa aku rujuk 2 atau 3 resepi dan tengok mana mana combination yang aku suka atau rasa sesuai. Biasa resepinya lebih kurang je pun tapi ada resepi berbeza bahan dan ada yang add on extra bahan. Macam resepi siakap stim ni, ada resepi yang suruh letak daun limau purut..tapi aku rasa macam pelik je. Rasanya tak perlu kot semua resepi ala thai kena letak daun limau purut. Just my 2 cents. 😏 Okay..enough with my bebelan. Here's the recipe. Untuk ikan. Basuh bersih. Nak hilang hanyir dengan tepung gandum atau limau nipis up to u. Then masukkan serai dan halia dalam perut ikan. Kelar ikan dan lumur dengan sedikit garam dan bawang putih tumbuk. Stim direct atas lubang steamer tanpa dilapik pinggan. Sebab aku taknak air ikan. Untuk kuah. Part 1 Panaskan 1 cawan air dalam periuk kecil. Tunggu mendidih dan masuk...

COVID-19

Image
Assalamualaikum wbt. Mesti kita semua tak jangka kan? Wabak yang bermula dekat China terus merebak ke negara kita jugak. Walaupun masa tu kecoh di media sosial, kita semua termasuk aku pun memang tak jangka akan begini seriousnya sampaila last week kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan. Maksudnya disini...Wahai Rakyat Malaysia..janganla kamu datang kerja atau kemana mana dan dudukla kamu di rumah sahaja 😢😢😢 Orang lain aku tak pasti...tapi kalau aku lah semua ni memang boleh bikin stress. Lagikan cuti 3/4 hari pun aku dah jemu inikan 14 hari. Ya allah sabar jelah. Sekarang ni dah masuk hari ke6 and i am starting to stressing out. Rasa dah jemu dok tidur baring dalam bilik. Dah jemu hadap telefon hadap komputer. Dahla bilik tepi dapur. Muis tak kuad pun nak ganti puasa yang masih berbaki 3 hari ni. 😂😂😂 To make things worse...cuaca pun panas nauzubillah. Senang senang je aku boleh habiskan 2 ke 3 botol air yang 1 liter sehari. Malam tadi kot macam ada hujan. Hopefull...

Muis turns 36.

Image
Assalamualaikum wbt. Dah dekat 2 minggu baru ada mood dan berkesempatan nak update pasal besday tuan tanah. Iols is busy last 2 weeks. Kena check report. Kena sign buku report dan fail student. Then ada Parents' Meet jumaat dan sabtu minggu lepas. Nak update blog pun, gambar nak kena sorting, nak edit sikit sikit. Bukan main bubuh je. Kalau dulu dikala kerajinan update blog, gambar siap watermark lagi. Now, takde masa. Takdenya orang nak ambil gambar gambar aku ni. Kalau nak ambil pun, lantakla labu.huhu Ok, done intro. Berbalik pada cite besday Muis. Sempena genap umur 36, tetiba rajin nak sambut besday lagi sekali. Teringin nak masak masak sikit untuk kawan kawan di tadika. So aku decide nak buat spageti bolognese, then beli cheese cake dan cheese tart dengan kakak. Barang prep untuk masak spageti semua aku potong siap siap malam sebelum tidur. Pagi esoknya just bangun n campak campak jelah. Aku bangun dalam 5.45 dan siapkan semua x sampai sejam pun. Lepas tu baru m...