Posts

kindergarten trip: pizza hut kok lanas

Image
assalamualaikum setelah lama tak berblog hari ni nak share aulad pintar punya trip tahun ni tahun ni kami ke Pizza Hut Kok Lanas under program Kids Educational Tour Workshop kami ambik yang package A, setiap pelajar akan dapat 1 personal pan pizza, garlic bread, mushroom soup, milo ais dengan harga rm13 je students tak payah buat apa apa payment sebab kos trip dah masuk sekali dalam yuran tahunan tahun ni trip guna 2 buah bas, KG1 dengan KG11 bas asing asing macam biasalah bebudak kemain lagi excited dapat naik bas tapi bukan bebudak je, teacher pun sama jugak excited nampak haku tersengih lebar tu? siap beli bagpack baru semata mata nak pergi trip hahaha dasarrrr..buat alasan je pandai :p trip kali ni ticer takdela letih sangat sebab datang je students terus duduk dan terkawal aktiviti pun dalam kawasan ni je, tak masuk dapur kids dapat free gift crayon dan coloring book then, lepas manager dekat situ bagi ucapan sikit sikit, students terus ready nak ...

peristiwa 13 mei

Image
Assalamualaikum... Cuti hari wesak, aku cuti solat so membutala sampai pukul 9 lebih Tubuh rasa tak berapa sihat, tekak pun sakit so bangun mandi mandi biar segar sikit badan Lepas mandi basuh kain seround, then kemas dapur Kemas semua pinggan mangkuk, gelas, bekas tupperware Pindah semua barang, lap bersih bersih semua rak rak, cuci balik semua.. Pastu ambik sotkhabar tutup bahagian atas Tak tau kenapa dapur banyak sangat debu So semua alatan dapur mudah kotor If nak guna memang kena basuh balik Breakfast tak masak Lunch pun tak masak Dah bagitau suami nak makan nasi ayam Dalam 1130 keluar rumah Singgah makan nasi ayam Tak best, nasi keras Dahla aku sakit tekak.huhu Lepas makan tapau abc untuk mak dengan nenek Takde nafsu nak ronda pasar jelawat Suami dengan motor nak singgah kedai pasang karpet motor dia Aku dengan kereta terus singgah klinik ikhlas Hari ni dr martina cuti Tapi doktor ganti doktor pompuan jugak Bila dia check tonsil aku bengkak ...

pepero....halal ke?

Image
assalamualaikum sebelum aku teruskan membebel aku just nak share ni dulu, teruskan membaca ;) STATUS KEHALALAN PEPERO Ramai yang bertanyakan saya tentang status kehalalan PEPERO, snek yang diimport dari Korea yang makin menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Pengalaman 5 tahun di Korea, kami, pelajar di sana, kebiasaannya akan terus  menghubungi syarikat pengeluar makanan sekiranya ada ragu-ragu dalam bahan-bahan yang digunakan (animal or plant based etc). Baru-baru ini, kecoh tersebar keratan emel dari director Korea Halal Assosiation tentang 'PEPERO tak halal' kerana tiada logo halal. Ya, memang PEPERO tiada logo halal. Tetapi pihak Halal Korea telah menghubungi sendiri pihak pengeluar (Lotte) dan telah disahkan (seperti ulasan di dalam gambar) bahawa kesemua bahan yang digunakan dalam pembuatan PEPERO adalah berasaskan TUMBUHAN. Jadi, harapnya, jelaslah bahawa kesemua jenis PEPERO (kotak hijau, kuning, merah etc) adalah halal dimakan walaupun tiada logo halal. Namun, ke...

cookies by M.A.C

Image
assalamualaikum biasa pagi pagi aku adala singgah satu kedai ni nak tapau breakfast pastu ritu ternampak cookies dari M.A.C ada jugak jual kat situ first time tengok nampak chocolate chip cookies je pastu singgah lagi sekali nampak ada jugak cornflakes cookies aku tak tahula harga sebenar rm berapa tapi kedai ni jual rm12 satu paket kalau nak kira M.A.C ni glamerla dengan jual kek tak tau pulak rupanya ada jual cookies jugak disebabkan aku ni hantu cookies so terus rembat 2 paket yelah dah brand tersohor kan, so terus bajet cookies ni rasa dia meletop lerrr tapi, pendapat ikhlas akulah  kadang kadang brand konon konon tersohor ni indah khabar dari rupa je seriously cornflakes cookies ni aku bagi rate 5/10 je memang tak crunchy pun, first bite terus rasa owh..tak sedap pun rasa macam membazir je beli, terus takde hati nak habiskan nasib baik chocolate chip cookies tu agak sedap, memang crunchy so takdelah frust sangat tapi still tak leh law...

better late than never ;)

Image
assalamualaikum ingat kan tahun ni takde dah hadiah besday dari suami tapi dah rezeki, dapatla jugak.hihihi walaupun dah terlewat 60 hari dari tarikh besday tapi takpelah sebab hadiahnya pun berbaloi baloi bak kata omputeh 'a gift worth waiting for...... ;) sebenarnya if takde hadiah pun dah tak kisah besday ke28 suami dah belikan laptop sony vaio, kaler pink lagik tahun lepas besday ke 29 suami dah belikan samsung galaxy tab jadi tahun ni tak tahu nak apa dah memangla teringin nak tambah koleksi jam tapi sekarang dah ada 3 utas dah ada jugak yang diletgo so rasa taknak la pulak tambah jam suami pun memang asik bangkang je if nak beli jam so dia cakap nanti dia bagi duit untuk beli rantai so sabtu lepas pergila kedai besan mak suami kasi duit rm1k je so nak cari yang dalam bajet tu jelah malas nak tambah duit sendiri kebetulan jumpa yang berkenan rantai halus je pun tapi sweet sesangat lagipun sekarang ni emas murah, so baik beli emas je rantai ke...

muis membebel lagi

Image
assalamualaikum dari pagi semalam rasa tak sedap badan bersambung pulak ke hari ni perut lapar tapi nak makan tak selera sangat makan jugak sikit sikit tapi still rasa lapar, sebab selalunya makan banyak.hihihi semalam seharian dari pagi nasi je yang masuk 2,3 suap padahal dah tapau nasi kukus abe mie selalunya konfem sebungkus licin petang semalam balik dari rumah mak tak makan jugak makanla betik sehiris pastu terus tidur minggu ni minggu subur, tengah berovulasi, suhu badan naik tu yang rasa tak sedap tu malam tadi pun sebelum tidur telan panadol 2 biji takut nanti demam padahal lupa kalau tengah subur, memang suhu badan naik kot dahtu seharian tak makan, dah 3,4 malam tak jamah nasi dah mulala rasa senak ulu hati susah jugak nak diet kalau ada gastrik ni balik kerja petang nanti dah bagitau suami nak singgah tapau kuetiow tomyam stok buah pun ada dalam peti, okla tu nak alas perut malam ni jangan jadi lagi macam malam tadi, tidur dalam kelaparan mak mentua s...

panas

assalamualaikum Allahuakbar..panasnya cuaca sekarang ni rasa tak tentu arah dibuatnya hari kerja takpelah dari pagi sampai ke petang dalam aircond tapi hari jumaat sabtu stay kat rumah je rumah mentua rumah kayu, if malam okayla sejuk tapi bila siang hari punyalah panas minggu lepas aku siap makan dengan buat kerja kat luar rumah atas kerusi batu bawah pokok angin pulak bertiup sepoi sepoi bahasa barulah rasa lega sikit penah sekali tu aku baring pastu letak ais dalam tuala,  letak di kepala mak mentua masuk bilik tanya aku demam ke.hihihi if balik rumah mak okayla sikit rumah batu siang hari tak panas tapi disebabkan cuaca panas sgt still rasa tak selesa aku ni kepala otak dahla terlebih sensitif sekali sakit mulalah berdenyut denyut dari siang ke malam kebetulan sehari dua ni nenek baru keluar wad so ramaila sanak saudara datang menziarah kat rumah mak ni dengan ada orang ramai lagilah aku serabut dasar moody, kengkadang aku okay if orang ramai tapi k...

Kii Iff Sii (KFC) Pasir Tumboh

Image
assalamualaikum 2 hari lepas bawak kawan sekutu aku adik long beli barang buat coklat, otw balik dia cakap nak belanja makan. so aku pilih kii iff sii je, sebab tak lapar sangat pun kfc kelantan je ke yang ada ejaan kfc jawi? tiap kali ternampak signboard kfc ni mesti nak baca yang tulisan jawi tu.hehe kfc pasir tumboh sekarang ni kira yang paling terdekat la if teringin nak singgah kalau dulu kfc kubang kerian, tapi ikut selera aku yang kat situ tak best lepas tu kalau tapau asik tak complete je dah tahu tak complete remind la kat customer suh tunggu ni tak sepatah hapa tak cakap balik rumah tengok2 kurang satu, dah 2,3 kali terkena so aku dah pangkah ye kfc kubang kerian tu overall, kii iff sii pasir tumboh ni best luas pastu ada playground pastu ada redroom ni.hehe pepandai je aku bagi nama sendiri, tapi ruang ni memang best macam tertutup sikit small table, seat cantik...if nak dating seswai sangat tambah lagi aku ni penggemar merah harusla ambik ...

entri bila PMS

Image
assalamualaikum disclaimer: entri yang ditaip masa aku tengah beremosi!!!! boleh kata 99.9 peratus kwn satu sekolah, satu uni dengan aku dulu dah kawan dan ada anak ada yg sorang, ada yang 2, ada yang 3, dan ramai jugak yang otw nak tambah cahaya mata sumpah demi allah aku jeles. biasalah mak kan..mesti suka nak post gambar keletah anak itu ini di fesbuk, di blog aku yang still takde anak ni makan hatila tengok baby comel, perut berisi org lain kadang tu bukan menyombong taknak komen taknak bertanya khabar, tapi kesudahannya, aku yang makan hati, menjeruk rasa. kesudahannya aku la jugak yang menangis sorang memikir mikir nape aku takde anak? banyak sangat ke dosa aku ni sampai tuhan nak uji mcm ni? aku siap leave grup wasap kawan2 masa belajar dulu padahal kawan rapat kawan sekelas saling bertanya khabar, berkongsi cerita tapi memandangkan semua ahli kat situ mak mak kecuali aku je yang tak beranak, so topik utama of kos la anak kan so dari aku menyeksa hati a...

guilty pleasure

Image
assalamualaikum otw balik kerja petang semalam sempat bertanya merangkap merungut pada suami tanya pendapat bila malam nak makan apa selain nasi kalau boleh malam memang taknak makan nasi tapi laparrrrr.huhu teringat segala macam nasi goreng terus laju je tangan wasap suami suruh belikan hari  ni nasi goreng ayam, esok nasi goreng daging kunyit, lusa mihun tomyam dan seterusnya malam malam selagi mata tak lelap selagi tulah tangan laju menyuap makanan kadang kadang sampai perut jadi tak selesa esoknya bangun pagi pun perut rasa lain macam je berat ni makin lama makin naik minggu lepas masa pegi klinik timbang kat sana tengok tengok dah cecah 55.5kg sebelum ni dok maintain je 53,54kg sekali dah cecah angka baru susahla nak turun so suami cakap makan la roti tapi sayang tak suka roti, jawab si isteri makanla buah..kata suami lagi tapi stok buah takde dalam peti ais.huhu macam macam alas an ...