Posts

sayang

assalamualaikum. cane ye nak ukur sayang? dan macam mana pulak nak dihitung ikhlas? hati kita..niat kita, macamana orang lain boleh tahu sejelasnya? sebab aku percaya isi hati kita manusia ni hanya Allah sajalah yang tahu apa niat kita sebenarnya.. apakah bila kita tegur benda tak elok maknanya tak sayang? apakah bila kita selalu merungut dan marah marah tandanya tak sayang? adakah kerana bukan kita yang melahirkan maka dituduh tak sayang? adakah bila kita selalu merungut maka kita tidak ikhlas? kadang kadang mungkin kita cuma nak luahkan perasaan kadang kadang mungkin kita cuma nak lepas geram.  patut la orang cakap lidah ni lebih tajam dari sebilah pedang. kerana lidah aku, aku dikata macam macam kerana lidah dia, hati aku tersayat tajam. kecil hati? kalau hati ni boleh mengecil..rasanya dah lama kot aku ni tak berhati.  biasalah manusia, bila marah, apa yang tak dikata. aku sendiri, orang lain. kita semua sama je.  dan aku percaya semua kata k...

kisah di jalan raya

assalamualaikum. sekarang ni aku pegi kerja banyak drive sendiri. sebabnya suami dah masuk unit naziran so banyak kerja luar. if kena pergi naziran, dia pergi lewat sikit, tapi aku punch card pukul 8 so kenala drive sendiri. kalau dia rasa nak pergi tu jauh or dia mengantuk, dia datang tempat kerja aku tukar kereta, tinggal motor. bila dah siap, dia datang hantar balik kereta. jangan suruh la aku bawak balik motor, jawabnya ke lubang dua lah aku agaknya.huhu bila bawak kereta sendiri ni, macam biasalah. kalau tetiap hari tak stress dengan driver lain memang tak sah. aku ni bukan nak kata cekap sangat pun, tapi alhamdulillah sejak bawak kereta almost 10 years, tak pernah lagi terjadinya benda yang tak diingini. kadang kadang, kalau kita ni dah  hati hati, orang lain pulak yang bermasalah. walau kita manusia tak sempurna, sekurangnya minimumkan masalah di jalan raya. style aku if nak pergi kerja, kalau siap awal, terus gerak. padahal dari rumah ke tadika dalam 15-2...

muis datang lagi..

Assalamualaikummmmmm... akhirnya...muis mengupdate jugak blog syok sendiri dia ni.kihkihkih masuk hari ni genapla 83 hari tak membebel kat sini. patutla masuk tahun baru ni aku stress memanjang.huuuu memangla asik rasa nak update blog sebab aku ni sukaaa sangat bercerita tapi tulah. maybe sebab asik penat je. then banyak kerja la jugak.hehe pastu takde mood. ada je pun modal nak bercerita, tapi tulah. simpan je dulu semua. pastu laptop rosak, pc kat rumah suami g hantar format. tapi dah 2,3 hari ni dah dapat balik pc, so bolehla jugak update blog kat rumah.  a few things yang berlaku kat diri aku dalam masa 2 bulan lebih ni, selain dari beban kerja bertambah, gaji pun naik (alhamdulillah..tq bos.hehe). pastu ada jugak isu gambar lesen aku ni dijadikan modal penipu yang jual lesen terbang. pastu aku nak share jugak pengalaman kali pertama masak gulai udang.kahkahkah harusla stori jugak dekat sini kan???? ok, tu je nak share dulu. bye 

Ihtifal Tadika Aulad Pintar-Part 2

Image
salam... entri bersambung. dalam pukul 7 tunggu order nasi air dingin still tak sampai. sepatutnya semua staff makan dari pukul 7-7.30 je. so aku kol kawan yang urus benda ni. bagita yang kol tak angkat, wasap tak reply. pastu kol bagitau bos. harusla bos bebel kan. kawan yang handle benda ni dia cakap dia boleh je belikan masa otw nak datang tapi bos still tak puasa hati sebab masa tu dah lewat. so aku teringatla ritu suami bawak beli nasi kat kedai Pok Mat Milo Tunggeng belakang hospital KPJ. terus aku ajak cikji pergi beli kat situ je. dahla nak cepat, bila nak keluar dari parking basement, terlupa pulak nak cop keluar tiket keluar parking. aku suruh cikji je pergi kaunter nak cop resit parking. tup tup kat situ cikji cakap staff ktc bagitau yang bilik kitorang dah ada kereta lain yang claim untuk parking tu. entah cikji cakap apa, dapatla kami keluar tanpa bayar jugak. orang dahla panik nak cepat, banyak pulak hanky panky. kan dah kena sound dengan cikji.kihkihkih...

Ihtifal Tadika Aulad Pintar 2016-Part 1

Image
Salam. Hari ni macam biasa cuti sehari selepas konvo. Tak leh imagine cane kalau bos tak bagi cuti. Agaknya mengangkang berjalan nak pergi kerja huhu. Setiap tahun macam biasa selepas ihtifal aku akan sakit kaki lenguh paha lenguh betis. Selalunya ditambah jugak dengan pakej badan kejap panas kejap sejuk. Tapi tahun ni yang tu takde. Just sakit kaki n sakit pinggang je. Sakit pinggang tu faktor umur rasanya.kihkihkih Tahun ni tak rasa penat sangat sebab maybe dah tak jaga kelas. Lagipun tahun ni ramai staff baru menolong. Tapi setiap kali ihtifal aku macam biasalah jadi runner merangkap stage manager merangkap segalanya. Tarik red carpet yang senget pun aku buat jugak tau.huhuhu Walaupun penat tapi tiap kali ihtifal memang aku nantikan. Tak sabar nak tengok persembahan anak anak. Masa nilah nak tengok senyuman kat wajah parents yang bangga dengan anak dorang. Masa nilah rasa terharu sebab parents ucapkan terima kasih kat kita. Pendek kata penat lelah setahun berbal...

Arwah Nenek Dalam Kenangan...

Image
salam. selepas 7 tahun, rupanya tahun 2016 ni sekali lagi bawa berita duka pada aku dan famili. bulan julai ritu pakcik meninggal sebab kanser hati. then, hari rabu lepas, nenek pulak meninggal sebab lemah jantung dan sakit tua. masuk hari ni dah 9 hari rupanya arwah nenek meninggal. nenek meninggal hari rabu, 9.11. selepas 5 hari masuk wad. pagi rabu tu, doktor cakap dah boleh bawak balik. dah tak boleh nak bagi rawatan dekat nenek. lagipun if stay di hospital, nurse asik dok ambik darah, cucuk situ sini. kesian dia. nenek dahla kurus kering tinggal kulit dan tulang je pun.huhu hari rabu kebetulan hari last aku praktikum kursus asuhan permata. petangnya mintak balik awal sikit dengan bos. sebelum balik singgah belikan nasi air untuk nenek. petang tu sempatla aku suapkan nenek nasi air. adala 3,4 sudu yang dia makan. masa nenek dibawa balik dari hospital, dia bukan tak sedarkan diri pun. dia boleh bercakap. kenal orang. so petang tu dalam 6.30 kot aku gerak balik j...

Busy Bee..

Image
salam... macam lamaaaa je tak update blog. patutla aku stress je. btw, aku menulis blog untuk diri sendiri je. mana mana yang baca tu, terima kasih jelah.hehe minggu ni pun sebenarnya busy la seposen. ada praktikum kursus permata. nak kena siapkan kerja kursus PERMATA jugak. nak ditambah lagi, nenek pulak sakit tetiba warded. so bila nenek sakit, mak jaga aku pulak kena berulang alik rumah teman ayah. 3 hari dari hari jumaat ni memang agak busy. jumaat lepas dari petang sampai ke maghrib kena stay di tadika prepare untuk parent's meet. then, hari sabtu parent's meet dan ada meeting pasal ihtifal. yang tu dah makan masa pagi ke petang. then mak inform nenek warded. petangnya aku nak kena packing barang nak hantar kat abng di melaka. menunggu dekat stesen bas dah malam. then ayah pulak ajak melawat orang sakit. malamnya balik sampai rumah aku mandi, tengok tv kejap terus tertidur. laki sendiri pun tak sempat jumpa hari sabtu.huhu stress sampai tahap aku kol...

Batuk & Tonsil

assalam. weekend minggu ni sangat sangatla tak seronok. takde angin takde ribut tetiba tonsil bengkak pastu pakej sekali dengan batuk berkahak. puas aku dok fikir apa yang aku makan sampaikan tonsil bengkak. mungkin sebab aiskrim kot. tak pun sebab keropok keping. aihhhh tak tahula. mungkin ni jugak balasan tuhan sebabnya last week aku pernah terdetik dalam hati.. sekarang ni orang asik dok demam batuk, aku sihat je. mungkin ada riak kat situ. terus tuhan balas. padan muka ko muis. balik kerja hari khamis tu aku dah rasa tak best dah. batuk pun baru acah acah rasa geli tekak je. tapi bila malamnya masa tidur, memang aku rasa sejuk lain macam sangat. sampaikan aku pakai 3 lapis kain selimut. memang rasa badan menggigil gigil. bangun pagi jumaat aku terus mandi. rasa sehatla sikit. petangnya masa aku balik rumah mak kejap baru perasan tekak rasa sakit belah kiri. bila check dekat cermin, memang dah bengkak tonsil belah kiri. malamnya bila tidur memang terasa dah te...

Korean Drama 2016

Image
salam. sejak dari astro bagi  channel free 2 bulan ritu, tetiba suami bertukar dari hantu drama melayu ke hantu drama korea. masa tu aku dok layan W-Two World, dia pulak layan Victory for Tomorrow. bagi aku, Victory for Tomorrow tu macam soap opera la kot. panjang sangat episodnya. kalau drama korea komersial lain selalunya 16-20 episod je pun. then, bila channel free tu stop, aku pun langgan la Korean Pack yang ada channel Oh!K dengan TvN. sukala laki dapat layan cite korea dia sampai habis. sekarang ni bila tengok tv, asik nak tengok korea jelah. dah tak tengok drama melayu sangat. apapun, bagus jugak aku rasa macam tu. almaklumla bila time dia layan drama melayu, sakit jiwa raga aku. kadang kadang jadi bergaduh pun ada sebab aku asik dok kutuk je drama melayu ni. dia serabut agaknya.kihkihkih sekarang ni W dah habis. Victory for Tomorrow tu stil ada dalam 10 episod kot. disebabkan suami dah tahu endingnya cane, so sekarang ni dia layan cite lain pulak, The G...

SKIPTRACE (2016)

Image
salam.  If weekend, hari sabtu selalunya boring. sebab dok ulang tayang je cite yang dah tengok sepanjang minggu. so last week, nampak je ada iklan SKIPTRACE kat astro best, memang aku teringin jugak nak beli. so masa kat rumah mak, aku beli cite ni. if keluar kat astro best murah jelah rm10.60 kalau kat astro first, mahal. selalunya cite melayu banyak keluar kat astro first. bagusla sebab aku tak minat cite melayu.huhu lama dah tengok cite ni kat web untuk download, tapi ritu masa nak download, aku tengok still takde subtitle dekat subscene.com. so aku tak download pun cite ni. alang alang dah ada kat astro best, beli jelah. if kita beli dapat jugak chanel astro best hd, tapi mandangkan rumah mak bukan tv flat screen, so gambar di chanel astro best hd tak cantik. asik pecah pecah je. so layan jelah kat chanel biasa. overall, tak rugi langsung beli cite ni. aku siap ulang tayang 2x direct non stop. if movie jackie macam biasalah mesti ada action kan? tapi ...