Posts

Ramadan 2017: Day 3/4

Image
Assalamualaikum.. hari ke 3 bersahur dengan lauk lebihan buka puasa. gulai daging. lala pedas. cukupla tu. nak alas perut je kan. aku bangun pukul 4suku. masak nasi pasu sambung tidur tidur ayam sampai pukul 5. pukul 5 kejut suami makan sahur. lepas tu dah tak tidur sampaila pergi kerja. sejak puasa ni otw balik kerja memang mata ni macam ditampal gam. berat je rasa. dahla aku ni jenis sekali terjaga susah nak tertidur balik. so rasa tidur macam tak berapa cukup je. tapi takpe..weekend nanti kita ganti je balik.hehe untuk berbuka pulak, misi 1 hari 1 lauk masih diteruskan. suruh suami pilih 3 lauk. paprik campur, daging black pepper dan ayam kam heong. suami cakap nak daging. so balik kerja terus masuk dapur siang n perap daging, kupas bawang semua. pukul 6 dah tercongok depan tv, nak tengok ulangan My Kitchen Rules episod minggu lepas. dalam 6.30 baru masuk dapur untuk masak nasi n potong bawang. masa iklan je pun. plannya nak start masak pukul 7.hehe tapi dalam 6.4...

Ramadan 2017: Day 1-2

Image
Assalamualaikum. welcome ramadan! tengok orang dok wish rata rata kat whatsap!, facebook..but being me, kadang2 malas.kihkihkih biarlah semangat ramadan tu meresap di hati je. sebenarnya annoying sebab dari sebelum puasa dah dok iklan gitu gini. bulan yang sepatutnya kita bersederhana dan jangan membazir, tapi nan hado! iklan bufet ramadan la, karpetla, telekungla, segala macam jenis iklan ada.  otw balik dari meeting kat HQ, ada kedai siap pasang lagu raya. eei menyampah rasa. baru 3 hari kot.  ramadan tahun ni memang aku bertekad dah taknak membazir. berjimat cermat. dari segi kewangan atau dari segi menu. alhamdulillah, dah hari ke3 ni aku masih berjaya elakkan diri dari jengah bazar ramadan. nasib baik kalau otw balik rumah, ada shortcut yang boleh elak bazar. satunya sebab jalan akan jem. tempat sempit, manusia ramai. rimas jangan cakap. baik aku cepat cepat balik rumah, masak 1 lauk. yang lain ikut suka suamila nak beli apa, nak makan apa. semoga aku ...

Menu Muis 2.0

Image
Assalamualaikum.. lately mood nak capture gambar menu harian sudah kembali. so banyakla gambar dalam hf. pun asik tangguh je nak update blog. kalau time lapar atau puasa, muis suka sangat sangat kalau dapat tengok gambar makanan. alahhh...setakat makanan menu biasa biasa je pun.huhu  tapiiiii..menu biasa tu jelah yang buat muis n suami selera makan. lauk beli kedai ni sekali sekala bolehla. ikan pekasam dari kedah. kawan suami yang bagi. sedap sebab rasanya masam masam. memang kena molek if makan dengan lauk gulai ayam ke gulai ikan ke. if goreng garing memang licin sampai ke tulang. last stock tinggal sekor je. ada kawan balik kampung kat kedah nanti, harapnya boleh la kirim. cuma jenis ikan tu tak sure ikan apa. maybe ikan lampam jawa kot.  ikan selar kuning. suami suka beli n memang dia pesan goreng garing je. style aku serbuk kunyit lebih. memang sodap makan dengan nasi panas. cuma kena alert dengan tulang keras dekat perut dia je. orang k...

Imsonia & Stress

Image
Assalamualaikum.  Dua tiga hari ni aku perasan tidur aku lebih lena. Tidur pukul 12, terjaga pukul 5. Malam tadi tidur pukul 11 pun sama tersedar pukul 5. Not bad la tu. Atleast aku cuma kena cuba sambung tidur sekali je sebelum bangun pukul 6 lebih.  Rutin biasa aku adalah terjaga 3, 4 kali tiap malam nak sampai ke waktu subuh. Worst case tersedar selang sejam. Tak pelik pun. Aku memang dah lama noticed aku ni maybe ada insomnia. Mild stage. Disebabkan masalah ni, aku selalunya macam panik sikit if schedule tidur aku lari timing dari biasa.  Teringat masa belajar. Ada a few friends cakap aku ni cinderella. Pukul 12 kena tidur. Orang lain lantakla ko nak buat apa memang aku tak peduli dah. Salah satu sebabnya aku tahu if lewat aku akan jadi susah tidur. N lagi satu bila dah lewat n susah tidur pastu orang lain dah tidur, aku akan jadi takut if aku sorang je lgi yang berjaga. Aku mesti tidur dengan pengetahuan yang orang lain belum tidur. Habit ni...
Image
Assalamualaikum. Weekend ni rasa malas pulak nak iron baju untuk seminggu. Sebabnya if baju dah bergosok, kunci jam pukul 6 pun aku jadi malas nak bangun. Alarm kedua pukul 6.30 baru bangun. Mandi n solat subuh kejap je. Tapi kalau 7.15 still tak siap aku kena hantar anak pegi sekolah. Bila kena hantar nak menunggunya satu hal. Sekolah pulak haluan lain. Tu belum masuk part aku tertinggal hf la, makanan la. Adaaa je yang tertinggal kalau time nak cepat . Tapiiiiii kalau aku bangun pukul 6, pukul 7 dah start enjin kete, aku boleh cepat cepat bagitau suami nak g kerja. Lama sangat kalau nak kena menunggu anak. So lakila yang kena hantar.  Aku pun dapat pergi kerja dengan tenang, tak rushing kejar punchcard, sempat beli breakfast etc etc Hari ni untuk lunch suami cakap suruh masak nasi ayam. Entah mengigau hapa tetiba request. Tahula anak suka makan nasi ayam. Dah 6 tahun menikah ni jarangggggg sangat dia request nak makan apa apa. Tak pernah kot! Last aku masak ...

Muis Memasak

Image
Assalamualaikum... sejak rutin dan berubah ni..kerapla sikit aku kena masak. if dulu, hari bekerja memang tak masakla. hari cuti je masak. tu pun selalunya jumaat je. if hari sabtu kadang beli nasi ayam, kadang tapau lauk, pergi makan kenduri ke hapa. takpun kalau pagi dah beli nasi bungkus, tengahari memang suami dah tak nak makan. aku pulak akan makan lewat sikit. so bab makan minum memang takde masalah.  tapi sekarang anak dah duduk sekali. so hari kerja untuk makan malam suami suruh masak. takut anak lapar katanya. alang alang dah masak, kami semua makanla. takkan nak pandanggggg je kan? bila berubah rutin ni, adala beberapa benda yang buat aku stress. 1. penat balik kerja kena masak. 2. bila dah siap masak nasi n buat lauk tetiba anak cakap taknak makan. 3. bila dia tak makan, nasi n lauk tak habis. membazir. 4. aku pun makan, jadi akan lebih gemuk. 5. baju tidur dah tak selesa buat tidur sebab dah bau tumisan bawang sos semua. 6. bila baju kena tukar 2...

Rutin hujung bulan

Assalamualaikum. Rasa macam baruuuuu je kerja sabtu minggu lepas. Tapi minggu ni dah jumaat. Esok sabtu hari bekerja lagi... Ottoke? Ottoke? 😭 Hujung bulan ni tak tahula silapnya kat mana.huhu Tapi sesi mengecheck report bulan ni aku rasa kali pertama yang buat aku rasa stress sgt sangat sangat. Hari ahad sempat check 3 kelas. 2 kelas ada penbetulan n kena repeat check. Isnin kena pergi tunjung. Check 2 kelas. Both ada mistake and kena check balik. Selasa sempat 1 kelas. Sebabnya bos ada. Sambil aku chek report, bos buat spotcheck lesson plan, sambil berbincang, bos meluah apa yang dia tak puas hati, aku mereport masalah masalah di tadika, discuss tentang student bermasalah n mengumpat sikit sikit.kahkahkah Kesimpulannya, one whole day tu satu kelas je aku sempat check n terus buat pembetulan. Hari rabu 6 kelas sempat check dari pagi ke petang. Ada yang kali pertama check, buat pembetulan sikit and boleh proceed untuk printing. Hari khamis. Total 8 kelas aku che...

sayang

assalamualaikum. cane ye nak ukur sayang? dan macam mana pulak nak dihitung ikhlas? hati kita..niat kita, macamana orang lain boleh tahu sejelasnya? sebab aku percaya isi hati kita manusia ni hanya Allah sajalah yang tahu apa niat kita sebenarnya.. apakah bila kita tegur benda tak elok maknanya tak sayang? apakah bila kita selalu merungut dan marah marah tandanya tak sayang? adakah kerana bukan kita yang melahirkan maka dituduh tak sayang? adakah bila kita selalu merungut maka kita tidak ikhlas? kadang kadang mungkin kita cuma nak luahkan perasaan kadang kadang mungkin kita cuma nak lepas geram.  patut la orang cakap lidah ni lebih tajam dari sebilah pedang. kerana lidah aku, aku dikata macam macam kerana lidah dia, hati aku tersayat tajam. kecil hati? kalau hati ni boleh mengecil..rasanya dah lama kot aku ni tak berhati.  biasalah manusia, bila marah, apa yang tak dikata. aku sendiri, orang lain. kita semua sama je.  dan aku percaya semua kata k...

kisah di jalan raya

assalamualaikum. sekarang ni aku pegi kerja banyak drive sendiri. sebabnya suami dah masuk unit naziran so banyak kerja luar. if kena pergi naziran, dia pergi lewat sikit, tapi aku punch card pukul 8 so kenala drive sendiri. kalau dia rasa nak pergi tu jauh or dia mengantuk, dia datang tempat kerja aku tukar kereta, tinggal motor. bila dah siap, dia datang hantar balik kereta. jangan suruh la aku bawak balik motor, jawabnya ke lubang dua lah aku agaknya.huhu bila bawak kereta sendiri ni, macam biasalah. kalau tetiap hari tak stress dengan driver lain memang tak sah. aku ni bukan nak kata cekap sangat pun, tapi alhamdulillah sejak bawak kereta almost 10 years, tak pernah lagi terjadinya benda yang tak diingini. kadang kadang, kalau kita ni dah  hati hati, orang lain pulak yang bermasalah. walau kita manusia tak sempurna, sekurangnya minimumkan masalah di jalan raya. style aku if nak pergi kerja, kalau siap awal, terus gerak. padahal dari rumah ke tadika dalam 15-2...

muis datang lagi..

Assalamualaikummmmmm... akhirnya...muis mengupdate jugak blog syok sendiri dia ni.kihkihkih masuk hari ni genapla 83 hari tak membebel kat sini. patutla masuk tahun baru ni aku stress memanjang.huuuu memangla asik rasa nak update blog sebab aku ni sukaaa sangat bercerita tapi tulah. maybe sebab asik penat je. then banyak kerja la jugak.hehe pastu takde mood. ada je pun modal nak bercerita, tapi tulah. simpan je dulu semua. pastu laptop rosak, pc kat rumah suami g hantar format. tapi dah 2,3 hari ni dah dapat balik pc, so bolehla jugak update blog kat rumah.  a few things yang berlaku kat diri aku dalam masa 2 bulan lebih ni, selain dari beban kerja bertambah, gaji pun naik (alhamdulillah..tq bos.hehe). pastu ada jugak isu gambar lesen aku ni dijadikan modal penipu yang jual lesen terbang. pastu aku nak share jugak pengalaman kali pertama masak gulai udang.kahkahkah harusla stori jugak dekat sini kan???? ok, tu je nak share dulu. bye