Posts

Aurat & Istiqamah.

Image
Assalamualaikum. Jadi manusia ni, kalau makin tak berubah ke arah kebaikan..apa guna hidup kat dunia ni kan? Usia makin tua, supposedly sikit sikit kena ada kesedaran untuk berubah jadi lebih baik. Selalu dengar orang cakap, payahnya nak istiqamah. Payahnya nak maintain dengan sesuatu tu.. Tapi kalau berubah pun taknak..nak istiqamah macam mana kan? Masuk tahun 2019 ni..lagi 10 hari Muis dah nak cecah 35 tahun. Tua dah kan? Tapi I am still far away from being an excellent muslimah. Banyak lagi buat dosa. Banyak lagi amal ibadah tak sempurna. Pendek kata, dari markah 10, mungkin boleh bagi 3 je kot. 😂 Tapi bagi aku, asalkan ada kesedaran untuk berubah okla kan. Berubah atau tak, lain cerita ye. Tapi kalau dari awal kesedaran pun takde, itu yang bahaya. Tapi, berubah pun biarla dari yang tak molek ke lebih molek. Jangan yang elok elok dah molek, tetiba berubah jadi tak molek. Dunia akhir zaman kan? Semua benda pelik pelik je pun yang jadi. Macam kes Emma Maembong, ad...

Di Matamu. Di Mataku.

Image
Assalamualaikum. Rasanya dah seminggu lebih lepas AJL tayang kat tv tapi tak tahula kenapa kepala otak aku ni asyik dok humming lagu di matamu je. Seriously, dah bertahun kot aku tak pernah layan AJL. Tup tup ritu terbuka video yang Caliph Busker medleykan lagu lagu yang bertanding AJL. Dengar macam ada a few yang best. So gigih aku cari lagu bertanding kat youtube. Seriously jugak masa tulah aku first time tahu lagu baru Hael selepas jampi adalah Haram dan Hajat. Baru tahu juga lagu tema drama yang kadang2 dengar kat tv tu lagi Misha Omar. Dari 12 lagu..aku cuma pernah dengar tajuk lagi Bunga Ara..Dimatamu SS dengan Misha Omar je kot. Lagu yang lain haram tak pernah dengar.kahkahkah For me..aku lagi rela layan lagu dari tahun 80an 90an dari layan lagu latest. Then tak kisah la lagu melayu rock kapak ke, lagu boyband ke..lagu hindi ke..asalkan bukan lagu/muzik latest. Memang tak berapa kena dengan selera aku. Faktor umur la kot. Kalau yang latest pun..layan koleksi Sab...

Nasi Kenduri Year End 2018

Image
Assalamualaikum.. Tak tahula kenapa asal puasa je mesti ralit dok skrol gambar makanan. Nak kata nak dapat idea nak masak..bukan aku masak pun setakat puasa ganti ni. Tapi tulah..sengaja kot mendera perasaan dengan kelazatan gambar makanan. Gamaknya makruh kot hukum puasa aku ni. Jangan terbatal sudah.hihi 2 3 hari lepas baru je aku clear gambar dari telefon. bertimbun gambar makanan mostly gambar lauk pauk yang aku masak jelah. Aku ni bukan kerap sangat pun makan luar. Tapi still aku suka nak tayang kat sini acah2 masakan gempak la konon. Padahal aku dok ulang tayang menu sama je pun.kahkahkah Bersempena dengan cuti sekolah Chinese New Year minggu depan, of course la ada kenduri kan? Setakat ni ada 3 jemputan dari kawan sekerja, 1 jemputan jiran sekampung. Insha Allah mana yang berkesempatan pergi, aku akan pergi. Jarang sangatla kot aku tak pergi kenduri kecuali jauh atau ada hal lain. Alang alang meh kita tengok nasi kenduri dari koleksi bulan 10-12 tahun lepas y...

Welcome 2019

Image
Assalamualaikum. Yes...Muis membebel masih ada. Tiap tiap hari Muis buka blogger dan baca update dari blog2 yang Muis follow. Without missed a single days gittew. Cumanya Muis tiada daya nak menaip entri entri baru. Rasa lemah..letih...dan lesu dirundung pilu kekdahnya 😂😂😂 Hmm..lirik lagu dangdut ni kan? Btw..dah masuk minggu terakhir bulan Januari. Bab rutin jangan cakapla kan..of coursela rutin yang sama. As I am still hold the same job position for the past 3 years. Welcome to the same routine for the forth year. And for many years to come hopefully. Bukan merungut ye as I loved my job. Kalau tak suka..takkanla bertahan lama kan. 😎 Afterall..perancangan Allah adalah perancangan yang Maha terbaik. So terimalah kita seadanya. Bulan Januari biasalah..bulan untuk mengadaptasikan diri dengan pelajar baru..dengan staff baru. Masih banyak benda yang perlu diberi perhatian..panduan..bebelan dan sebagainya. Mana ada yang kurang perlu dibaiki. Mana ada yang salah kena...

KCM: Suamiku Menyakiti Hatiku

Assalam. Another story.hehe. Happy reading folks.. "Ada sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. D tengah perjalanan, mereka bertengkar dan suaminya mengherdik isterinya dengan sangat keras. Isteri yang diherdik, merasa sangat sakit hati, tapi tanpa berkata kata, dia menulis di atas pasir: HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU.  Mereka terus berjalan, sampai bertemu sebuah oasis, diamana mereka memutuskan untuk mandi. Si isteri, cuba berenang namun nyaris tenggelam tetapi berjaya diselamatkan suaminya. Ketika hilang perasaan takutnya, dia menulis di sebuah batu: HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU.  Suami bertanya, "kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu?" Isterinya tersenyum sambil menjawab: "Ketika hal buruk terjadi, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan itu dan aku akan melupakannya. D...

Raya 2018

Image
Assalamualaikum. entri raya ni memang sengaja simpan nak blog hujung hujung syawal sebabnya..entri puasa ada lagi satu dua belum publish.kihkihkih tak publish kang sayang. penat i snap dengan edit pic tau. walaupun blog suam suam air milo..tetap kena update kenangan hari tua. nanti anak cucu saya boleh baca.hee tahun ni cuti raya 6 hari je. disebabkan raya jatuh masa weekend, so dapatla cuti sehari sebelum raya n lima hari selepas itu. raya ke6 dah kena masuk kerja. boleh je nak apply cuti tambahan, tapi sape kenal aku tahulah aku jenis jarang cuti aka sayang cuti.kihkih tahun lepas annual leave dapat 16 hari, tapi aku guna 5 hari n half je. mc guna 2 hari. tahun ni pun plannya macam tulah. setakat ni dah masuk bulan 7, aku baru cuti 3 hari, mc 2 hari. hihi ok, berbalik cerita raya. tengok gambar jelah ek. tengok gambar yang nak upload baru aku ingat jalan cerita nak membebel. entri puasa yang last pun haram satu details pun aku dah tak ingat. gigih jugak nak upd...

Ramadan 2018 - Entri 3 (Makette Steamboat & Grilled)

Image
Assalamualaikum. Buka puasa ramadan ke15 semalam, kawan tempat kerja berpakat nak berbuka kat luar. If berbuka kat luar memang selalunya dorang taknak makan nasi macam biasa. Selalunya pilihan makan steamboat jelah. Mulanya dorang decide nak berbuka dekat Mahy Seafood &Grilled. Tapi rm35 perhead macam mahal la pulak. Especially aku ni bukan jenis makan beriya.pun. So ada kawan suggest berbuka kat.Makette Kota Bharu. Bila aku kol, untuk berbuka puasa dia charge rm25/head. Deposit rm5/head. So masa bayar kena bayar rm30/head. Kebetulan petang semalam gerak je dari tempat kerja hujan la pulak. So memang syokla kan makan bakar bakar ni. Bila tengok dalam facebook page Makette, expectation tu agak tinggi la jugak. Nampak best je bila tengok gambar gambar dalam page. Bila sampai tengah hujan lupa pulak nak snap gambar depan kedai. Tapi kedainya senang je nak cari. Kitorang gerak dari pasir tumboh straight je menghala ke husm. Lepas trafik light nak ke jpj panji naik...

Ramadan 2018 - Entri 2

Image
Assalamualaikum. Hari ni plan nak berbuka dengan kawan tempat kerja. So dalam 6.30 baru shoot ke sana. Jadi adala masa nak update blog sekejap. hehe Dah 2 hari berpuasa ni tak tahulah kenapa tak selera dengan nasi. Maybe sebab cuaca panas kot. So tekak dahaga. Bila time berbuka nampak air jelah. nasi satu senduk makan separuh je. Kuis kuis je dalam pinggan. lepas suami siap makan, aku pun terus tutup saji. Takde selera nak sambung makan. Malamnya sebelum tidur, kalau nak makan, makanla apa apa. Buah ke, biskut ke, kuih ke. Kalau takde, terus tidur jelah. Bangun sahur gagahkan diri jugak makan nasi sikit. Minum susu kurma. Tu pun nama makan menu masak sendiri. If lauk beli, lagilah aku tak selera. Cuma kelmarin teringin nak makan ayam percik. Teringin nak makan buah tembikai sejuk sejuk. Air pun, terasa nak minum air sejuk dari peti ais je. Tak terasa sangat nak minum air manis. Apapun, walau tak berapa ada selera dengan nasi, still masih bertenaga nak continue be...

Ramadan 2018-Entri 1

Image
Assalamualaikum.. Ramadan tahun ni tak sama dengan tahun tahun lepas. Malas gila nak berblog. Kebetulan start puasa tengah sebuk dengan kerja. Dalam 2 3 minggu ni, rasa macam minggu je kot macam free sikit. Selalu pun bulan puasa, aku rajin je snap gambar menu buka puasa. Tapi tahun ni macam malas sikit. Mungkin sebab aku sempat berpuasa 2 hari je lepas tu terus bercuti. Bila tak puasa, mood puasa pun takdelah kan. Memangla seronok tak payah puasa seminggu, tapi feel masa berbuka tu tak adalah.huhu Tapi memangla sekarang ni dah akhir zaman kan. rasa macam baru je first day puasa..tup tup  hari dah 11 Ramadan dah. Lagi 18 hari je dah nak beraya. Disebabkan tahun ni malas..so gambar lauk pauk berbuka pun kita campur campur jelah ek.. yang penting, lain masak wajib ada. sumpah aku tak selesa dengan lauk bazar. suami ajak gi bazar pun malas. aku cuma singgah bazar otw balik kerja sebab nak beli popiah goreng dengan air je. gambar atas ni semua lauk pauk ...

jeruk mangga asam boi lagi?

Image
Assalamualaikum. Yes, betul. Jeruk pauh asam boi lagi.hihihi Konon taknak buat sebab mangga mahal? Konon jelah.  Ritu yang first time buat 3 bekas.  Sebekas bawak makan di tadika Sebekas bagi mrs boss.  sebekas makan laki bini. Done.  Janji dengan orang nak beli buah mangga murah tapi nan hado.  Petang jumaat, suami keluar beli barang kedai tengok tengok dia bawak balik pauh lemak. Padahal tak kirim pun. Dia cakap dia beli rm10, 6 biji. Murah jugak la kot.  Happy je rasa bini ni, tapi tak cakap kat dia pun.  Tapi bak kata dia, bukan baru nikah sehari.  Dia tau dah ragam bini dia ni kalau badmood ke, kalau happy ke.hihi Kali kedua buat 1 bekas besar, 3 bekas kecil. Lenguh jari kupas kulit 6 biji, dah pisau pengupas tumpul sangat.  Kalau macam ni tak boleh nak meniaga ni. Jemu pulak rasa nak hadap benda alah ni. Tapi 2 hari lepas, akak cakap suruh buat la pulak lagi mangga asam boi ni untuk d...