Langkawi: Skypark Cabel Car


assalamualaikum.

hai hai hai.
kali ni nak sambung lagi cerita di langkawi.
balik je dari naik bot kat Kilim Geoforest park, nak baca klik sini langkawi-kilim-geoforest-park.html
destinasi seterusnya nak naik kereta kabel la pulak.

Masa sampai tu lebih kurang pukul 5 kot.
sampai je dekat parking, kami singgah makan dulu.
lapar sangat sangat dah last makan pagi tadi je.

Lepas tu baru singgah surau untuk jamak solat zuhur dengan asar.
lepas solat terus gerak masuk ke skypark cabel car.
Jauh jugak la nak kena menapak masuk ke dalam.
Skypark ni terletak dalam The Oriental Village.
kat dalam tu  banyakla ada kedai kedai jual souvenier, sempat singgah singgah gitu gitu je sebab kejarkan masa nak naik cabel car.

naik kereta kabel ni, ayah naik sekali dengan aku dan hubby n anak, termasuk 2 orang anak sedara.
sedang elok muat satu kereta kabel tu 6 orang je.
then, family abang cikgu iskandar pun naik jugak.
yang lain, mak, famili abang sulung dengan famili cikgu isroha tak naik.

harga tiket cable car ni murah je pun.

Rm15 untuk dewasa
rm10 untuk kanak kanak.



bila masuk je kemain ramai umat manusia tengah dok beratur nak tunggu turn.
ada je fast lane tapi tiket rm50 if tak silap.
tapi rugi je beli sebab barisan memangla nampak ramai tapi beraturnya sekejap je.
sambil sembang sembang tengok tengok dah sampai turn pun.




atuk n cucu.
ayah berani je naik cable car ni, mak je tak berani.hehe

tapi nak dijadikan cerita, elok je halfway sebelum sampai hentian pertama, tetiba hujan turun.
bayangkan berada di ketinggi beribu kaki tetiba hujan turun sampai air hujan termasuk dalam cable car tu.
mula mula tu memang rasa cuak sangat sangat.
tawakal jelah, kemain lagi aku dok kumat kamit baca segala surah yang aku hafal.
dalam takut tu beranila jugak aku nak jengah ke bawah.
tu sebab takde satu pun gambar pemandangan dari dalam cable car ni.

elok je sampai hentian pertama kena turun la rupanya.
dengan hujan punyala lebat, dalam hati ni Ya allah cepatla sampai turun balik ke bawah.
Masa tu dekat hentian 1 pun kemain ramai orang.
bila sampai turn masuk cable car untuk naik lagi tinggi, masa tu memang takde hati dah rasanya nak sight seing menikmati cable car ni.
masuk je dalam tu terus bagitau suami siap siap bila sampai hentian kedua nanti taknak turun.
so, bila je sampai atas dan pintu terbukak, aku terus bagitahu yang tunggu dekat luar tu taknak berhenti.
so cable car pusing balik untuk turun ke bawah.
Masa tu pun still hujan lagi.
dengan orang ramai lagi dekat hentian paling atas tu.
Aku tahu semua pun mesti cuak nak cepat cepat turun bawah.

Bila selamat sampai bawah memang rasa syukur sangat sangat.
panjang umur lagi rupanya.
Ayah pun siap cakap if tahu hujan nak turun, takdenya dia nak naik cable car ni.

tajpela, if lepas ni ada peluang ke langkawi lagi, boleh try naik lagi cable car ni.
Tapi make sure cuaca elok.
Pnas sampai nak pecah kepala pun aku sanggup.

Suami siap cakap lagi dekat hentian ke2 tu ada kawasan cantik boleh jalan jalan ambik gambar pemandangan semua.
Tapi mintak maapla suami. takde hati dah aku ni nak bergambar.
sekarang ni pun if bayangkan balik, duduk di puncak gunung dengan hujan lebat?
pulak tu cable car ni sepanjang jalan nak sampai ke setiap hentian, halfway dia akan stopkan cable car.
then benda tu dok teroleh oleng kat tengah, hanya bergantung pada cable saja.
kalau ditakdirkan putus? Takde kubur la aku ni, tinggal nama je.huhuhu
Bila turun je dari cable car terus keluar untuk gerak balik je.




Comments

  1. scary nya. tak pernah naik cable car langkawi tp ramai orang cerita dia agak scary kalau waktu angin kuat. ni lagi lah waktu hujan

    ReplyDelete
  2. he..hee... siap mintak maaf ye..
    akak suka naik cable car ni.
    macam puas bila tgk view.

    ReplyDelete
  3. Best nya langkawi.
    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  4. Akak rasa akak dah comment N3 ni.. kok tak kelihatan di sini ye...
    nape ekkkk.

    ReplyDelete

Post a Comment

any comments? thanks..... ;D