Posts

Showing posts from September, 2014

diet ke?

Image
Assalamualaikum.  Hari ni keluar dengan ayah pergi tesco. Pakai wedges 4".  Bila balik rumah je, rasa macam nak tercabut kaki.huhu. Kita dahla tak biasa pakai kasut tinggi. Kalau pergi kerja takpe, pakai kejap je then bukak kasut. Ni non stop aku berjalan 4, 5 jam. Selalunya ada kasut flat aku buat spare if nak pakai keluar jalan jalan. Tapi sejak kasut flat yang last dulu koyak, aku dah tak beli yang lain.  Kalau ikutkan hati, malas je nak keluar. Kerja pun ada lagi tak siap. Kalau keluar, duit habis, badan penat. Tapi dalam tak nak beli apa apa tu, erbeli jugak a gew things. Ayah macam biasala pergi tesco, beli lauk basah. Beli ikan masin. Ikan masin faveret dia tu, macam takde dah kat tempat lain. Asik mengajak je pergi tesco semata mata nak beli ikan masin.huhuhu Disebabkan sekarang ni aku kengkononnya nak dietla kan, so belila stok buahan lebih sikit. Beli anggur dengan epal dengan harapan lepas ni malam malam cukupla aku mengalas perut dengan buahan n...

seminar pendidikan guru tadika swasta

Image
Assalamualaikum.  Hari jumaat minggu ni sebenarnya bermuka dengan elok je pun. Macam biasa lepas bangun subuh, aku tak tidur. Ambik quran baca surah alkahfi, lepas tu masuk dapur n kemas dapur. Lepas siap kemas, ambik kek dalam peti ais, makan sambil tengok finale masterchef profesional. Hah, bahagia kan hidup macam tu?  Tapi menjelang tengahari, kebahagian aku ni rupanya tak lama. Sempatla bikin drama sekejap tadi. Ohhhhh stressnya rasa. Benci betul dengan benda benda macam ni. Sedaya upaya dah aku cuba elak sebenarnya, tapi manusia kan? Kita hanya mampu merancang, tapi dah kalau Allah berkehendakkan jalan yang lain? Apa lah daya aku nak melawan. So, redha!  Apapun, aku harusla kena fight untuk diri aku. So, kepada yang berkenaan, jangan cuba nak cabar aku. Aku tak cari pasal, so janganla nak cari pasal dengan aku. Aku ni jenis pendendam. Susah sangat nak lupa if orang buat aku. Katalah apa pun.... bagi aku, alang alang mandi, biar sampai basah!  ...

mengalahkan budak

Image
Assalamualaikum.  Dekat tadika aulad pintar ni, setiap hujung bulan event wajibul ghunnah adalah sambutan birthday students beramai ramai. If dulu, sambutan birthday biasanya buat secara individu, tapi fikir nak jimatkan masa pembelajaran supaya tak terganggu, idea untuk sambutan sekali sebulan ni memangla okay sangat sangat.  Dah 3 tahun aku mengajar dekat sini. Dah beratus kek agaknya bermacam perasa, bermacam bentuk dan design yang student pernah bawak,  sampai satu tahap bila tengok kek, memang dah tak terliur langsung pun.huhu Tapi, kalau ada secret recipe...barulah aku ngap kek ke mulut.hihi Yang bestnya sambut besday bebudak ni, selain kek adalah goodie bag yang parents sediakan. Biasanya if parents sediakan untuk semua student, adala lebih untuk teacher. If student ramai yang sambut birtday, banyakla goodie bag yang datang. Berlambak lambak. Kadang kadang setiap budak pernah dapat 3, 4 goodie bag setiap sorang. Tapi janganla ingat student je s...

WWW: Bersabar Kerana Allah

Image
Assalamualaikum Untuk minggu ini, pesanan kepada mereka yang kurang bersabar. Termasuk akula tu.hihihi Seriously, antara perkara paling payah untuk aku buat.  Takpela, sebagai peringatan untuk kita.  Moga kita semua sentiasa dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi oleh Allah.  In sha Allah. 

Wedding: Majlis Akad Nikah

Image
Assalamualaikum Aku baru perasan yang aku ni tak pernah post apa apa lagi p asal hari akad nikah, hari bersanding dengan hari bertandang. Entrinya dah lama ada, tapi terperuk dekat draf. S o entri kali ni tersangat sangat la basi. K alau tengok entri entri sebelum ni pasal wedding,  aku just cerita pasal the other things like hantaran, pakaian, bunga manggar, berinai, goodie bag. Ga mbar gambar akad nikah, bersanding dengan bertandang memang tak pernak share pun lagi dekat blog ni. T akpela, better late than never kan? Tarikh majlis akad nikah aku pada 5 Jun 2011. Hari ahad. Plan asalnya aku nak nikah 3 Jun, hari jumaat bersamaan 1 Rejab. Tapi lepas tu dapat tahu rupanya adik kakak ipar pun nikah tarikh sama. So takut nanti menyusahkan abang dengan kakak ipar, aku pun tukarla tarikh. Bila bagitahu ayah, dia cakap ok so aku proceed jelah. Masa set tarikh tu memang aku lupa terus rupanya tarikh nikah cikgu Isroha pun 5 Jun jugak tahun lepas.huhu memang tak plan...

kenduri hari malaysia

Image
Assalamualaikum.  Haih, ada lagi cite kenduri? Ok yang ni last. Dok terperap dalam draf bagi laluan pada yang lain dulu.hehe Salah satu kenduri yang aku hadir cuti sekolah minggu ni. Wedding puan rubi, kerani akaun dekat tadika. Kendurinya hari malaysia, 16 sept so tadika memangla cuti. Tapi kami pakat nak pergi ramai ramai jugak. Tengahari tu aku suruh suami hantar ke tadika. Aku just tumpang kawan je. Lepas semua dah sampai kami terus gerak. Dari tadika dekat je rumah rubi ni. Memang dah plan nak pergi awal sikit sebelum rombongan lelaki sampai. Barulah senang nak jumpa pengantin, nak ambik gambar nak sembang apa semua. Welfie dengan hadiah dulu.  Rombongan anak dara dan mak dara.  Tau dah ramai ramai ni mesti nak buat kecoh kat rumah orang je.hihi Umbut kelapa if campur dalam gulai tak best. Nasib baik rumah kakak ipar semalam dia buat acar. Sedappppp banget. If ambik lauk asing, senang sikit nak makan. Biasa kalau m...

kenduri kawen terengganu partII

Image
Assalamualaikum.  Nak sambung cerita kenduri. Disebabkan malam tadi aku tidur awal, so pagi tadi tersedar time subuh memang dah tak sambung tidur pun. Malu ler nak smbung tidur rumah orang.hihi So pagi tu lepak jelah, tolong sapu sapu sikit. Yang banyakny aku dok melilau dengan tab kat tangan. Snap gambar sana sini. Dalam pukul 11 lebih aku mandi, terus pakai baju kurung.  Dalam pukul 12 lepas gulai masak je, aku terus Makan jelah. Lapo gilos tak sarapan. Ajak suami dia taknak lagi, tadehal aku makan sorang sorang. Ambik nasi makan bawah pokok sorang sorang. Kena pulak ada acar umbut kena dengan selera aku, memang bertambah la nasi. Tak tahula kenapa sejak makan berselera ni, aku asik nak badmood je kalau lapar. Dulu rasa takde perangai macam ni. Suami padahal aku dah pesan suruh beli siap siap megi cup, tapi tak beli. Rasa gerammmm je nak marah. Malam tadi lepas makan nasi sepinggan, pergi berbisik kat telinga laki cakap lapar lagi. Nasib baik lepas ...

breakfast ala kampung style

Image
Assalamualaikum.  Dah kita orang kampung kenala breakfast ala kampung kan? Pulut kuning.  Ikan kering.  Air kopi.  Tapi aku tak makan pulut dan tak minum air kopi. So aku ni boleh di considerkan sebagai half orang bandarla kan? Hihihi... Btw, kopi laki kacau sendiri. Bagus!  ;D

rewang kenduri kampung

Image
Assalamualaikum.  Sekarang ni walaupun ramai yang suka khidmat catering bila kenduri, tapi still ada jugak yang suka rewang ramai ramai dengan orang kampung.  Macam famili aku sendiri pun, last kenduri kawin aku, memang rewang anak beranak dengan orang kampung je. Lagi best dan meriah. Lagipun kenduri kat rumah je, if buat kat dewan yelah kan nak guna catering.  Aku if ada kenduri kendara, memang jarangla tolong tolong. Tak biasa dan tak reti. If rumah sendiri, memang dah cukup dengan tenaga anak beranak dengan jiran tetangga. If kat rumah orang lain, lagila aku kekok.huhu Sekarang ni pun kat rumah kakak ipar, aku just tengok tengok je. Nak tolong pun tak tau nak tolong apa. Kebetulan pulak hari ni first day period, sakit kepala, sakit perut. Fizikal n mental tak berapa nak ok. Hihi bukan buat alasan ye.  Sesi memotong umbut kelapa dan batang keladi Rasanya umbut kelapa tu nak campur dengan gulai daging.  Then buat gulai ...

kenduri kahwin di terengganu

Image
Assalamualaikum.  Tinggal lagi 2 hari sebelum cuti sekolah berakhir. Cuti sekolahnya seminggu je tapi kenduri kenduri sana sini tak habis habis lagi.  Hari ni last la kot. Kenduri anak saudara belah suami. Aku dah lama apply cuti sebab suami cakap nak kena gerak pagi khamis. Sandingnya hari jumaat tapi hari khamis dah kena pergi sebab ayah mentua kena jadi wali. Anak saudara ni anak pada abang suami yang sulung, ayahnya dah takde so mentuala kena jadi wali.  So pagi tadi lepas subuh, siap siap dan terus gerak. Lebih kurang jam 645. Mak mentua siap kejut aku pukul 6. Katanya aku kena bangun awal sikit sebab orang pompuan kan bersiap lama sikit.huhuhu bukan aku makeup apa pun. If lambat pun sebab kemas barang je. Laki dia tahu dia siap je, if ada barang tertinggal, aku jugak yang dibebelnya.  Rumah kakak ipar ni di Felda Bukit Bading, Terengganu.  Ni kira kali kedua la aku mai sini.  Kemain lagi jauh. Adala dalam 2 jam setengah if jalan ta...

WWW: Ceria Dalam Duka

Image
Assalamualaikum.  Dalam tab aku banyak sangat koleksi pic yang aku save dari facebook atau mana mana jelah yang aku jumpa. Segala petua, kata kata motivasi, koleksi doa atau ayat nasihat dari ustaz, yang mana aku suka memang aku akan simpan dalam tab. Disebabkan dah banyak sangat sampai dah ada beratus, so mulai minggu ni aku just share kat blog je senang if aku nak tengok balik. Untuk minggu ni, aku nak share satu quote: Personally, aku rasa quote ni tepat dan kena sangat dengan diri aku. Semua manusia memangla ada banyak masalah kan, tapi tak semestinya kita nak tunjuk kita ni muka bermasalah 24 jam. Diri aku pun selalunya memang macam ni. If kat tempat kerja, dengan kawan kawan dan stduents, happy je memanjang Tapi bila balik kerja, kat rumah mulala jadi pendiam, bersedih, emo dan mula berfikir bukan bukan. Suami pun sibuk memanjang, memang rasa sunyi sangat sebab anak pun takde. ok, tu je nak share kali ni. Babai....

muis #1

Assalamualaikum. Honestly, aku mulalakan blog ni unuk diri aku sendiri, sebab aku suka menulis dan suka baca hasil penulisan aku sendiri. If boring nak blogwalking, aku baca jelah entri entri aku yang lama. Dengan blog aku ni, aku tak pernah nak kejar follower pun, dari seorang yang follow, sekarang dah ada 58 follower, tanpa aku buat apa apa. If aku blogwalking n tinggal komen, tak pernah aku mengajak orang ke blog aku balik. Memang tak. Join contest nak ramaikan follower pun aku tak minat. Macam la takde keje lain nak buat.huhu Okla berbalik pasal benda berkaitan diri aku. Pertama sekali mestilah nama aku. Nape pelik? Sebabnya nama penuh aku isruzaini dan aku seorang perempuan. Rasanya kat malaysia ni aku sorang je kot nama isruzaini dan berjantina perempuan. If search dekat facebook adala jumpa 3, 4 orang dengan nama isruzaini, tapi semuanya lelaki. Siap ada yang nama muhammad isruzaini lagi.huhuhu Dulu masa kat uni, biasalah if kadang kadang dekat borang pendaftaran s...

Langkawi: The Journey

Image
Assalamualaikum. Amboiiii, dah berapa bulan baru nak up entri. Mulanya dok tunggu nak kumpul semua pic, tapi rasa macam dah lama sangat. Gambar yang dalam kamera abang rasanya if aku tunggu tahun depan belum dapat lagi. Senang yang sendiriiiiii jugak.huhu So, marila mengupdate dengan gambar mana yang ada. Plan nak pergi langkawi ni mulanya akak ipar yang mengajaknya. So aku pun macam teringinla jugak sebab tak pernah sampai langkawi lagi. Lepas tu dengarnya mak ayah pun macam nak ikut la jugak. Suami cakap if dari kelantan takde family lain yang konvoi sekali dia taknak la pergi, nanti takde geng katanya if kami 3 beranak je. Mula tu ingatkan tak jadi, last last rupanya jadi jugak. Abang akan pergi jugak bawak mak ayah dan dia anak beradik satu kereta. So tak payah fikir banyak aku on jelah. Aku dengan suami dan anak naik kereta sekali. Mulanya abang ingat semua naik kereta dia, memangla macam muat je tapi macam lagi senang if drive sendiri kot. Lagipun bosan aku ...