friday housewife
Assalamualaikum. Rasa macam dah jadi rutin pulak menulis di blog setiap hari jumaat. Sape tak suka cuti kan? Hati pun rasa tenang je nak bebel di blog. Hari ni lepas subuh terus keluar tengok tv. Sedikit merajuk dengan suami so malas nak sambung tidur. Agaknya dia pelik nape i tak masuk bilik, dia keluar cari i jugak.hehehe Tapi memangla sebab malam tadi tertidur awal depan tv, so rasa macam dah cukup tidur. Kebetulan ada ulangan australia masterchef yang tak sempat tengok petang semalam, so i layan yang tu je. Lepas habis cite, masuk bilik ambik baju kotor. Round pertama baju suami la dulu. Kebetulan pulak hari ni mendung, n tadi hujan renyai renyai. So kalau basuh banyak, if baju tak betul betul kering susah pulak nanti. Sementara menantikan baju siap basuh, kemas dapur dulu. Hari ni habis semua barang dekat kabinet i punggah. Nak kemas bekas bekas plastik, nak buang mana yang tak perlu, nak simpan pinggan mangkuk mana yang tak guna. Kami makan berdua je pun, ...