Posts

Muis turns 34.

Image
Assalamualaikum. Dah sebulan lebih baru nak update pasal birthday? 😅 Tapi takpelah..untuk kenangan kan? yang tahun lepas pun rasanya tak publish.kihkihkih Tahun ni besday jatuh hari khamis. Takde nak sambut apapun. Dah tua kan? Aku cuma order brownies untuk diri sendiri. Takde orang nak belikan kita kek. 😢 Mulanya plan dengan kawan yang besday selang 3 4 hari dari aku, Cikji kot kot nak berjimba ke KT nak tidur kat mana mana 1 night. Tapi hari sabtu 3hb tu sabtu bekerja la pulak. So plan kansel. Brownies ni aku tempah dengan mak kepada students. Sape sape area kelantan boleh la tempah. Memang tak mengecewakan. Ni aku bagi link ig dia ... Instagram IzzBrowniesBites Yang ni harganya cuma RM20. Brownies banyak ni..suami makan 2 ketul. Yang selebihnya bawak balik rumah mak bagi anak sedara je makan. Then malamnya kebetulan mak buat solat hajat. Jemput orang masjid 4,5 orang je pun. Mak malas masak so beli satay n nasi himpit jelah. Ada kuih kuih jugak sikit. ...

Visit baby Luth Iman.

Image
Assalamualaikum. Tahun 2018 ni in sha Allah anak sedara bertambah lagi 2 orang. Sorang dah selamat lahir bulan februari hari tu. Sorang lagi in sha Allah another 4 month kot. Rezeki adik, akhirnya setelah 7 tahun berkahwin..wife dia dah pregnant. Syukur alhamdulillah sangat sangat. Walaupun aku takde rezeki anak sendiri, tapi diberi rezeki anak sedara yang ramai. Alhamdulillah, di tahun 2018 ni anak sedara semuanya dah masuk 30 orang. Adik n wife dia kawin tahun yang sama dengan aku, cuma beza 3 bulan je. So bila first time mak bagitahu adik ipar dah pregnant, jujur aku cakap memang aku sedih. Mood masa tu terus down..down n down. Adik ipar pun kebetulan masa tu ada, takdelah dia beriya cerita dia dah pregnant. maybe nak jaga hati aku taknak bagi aku sedih kot. Tapi biasalah, dah namanya perempuan, tipu sangat la kalau tak sedih. Tapi tak lama pun aku sedih...sehari dua cukupla. lepas tu mood aku berubah macam biasa n tumpang gembira jelah. Kalau Allah nak bagi rezeki....

Membebel hari jumaat.

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Busy dengan apa pun tak tahu. Bukan ada anak pun. Laki pun sorang je.kihkihkih Selepas 3 minggu..akhirnya minggu ni boleh rileks kat rumah. Betul betul rehat. Bila penat boleh baring n lelapkan mata anytime. Last 3 weeks...phewww.. Penat. Stress. Serabut. Sakit tubuh. Takde mood. Semua ada Alkisahnya 3 minggu mak takde rumah ke kl dan melaka atas urusan keluarga. Ayah tak ikut so aku lah yang kena stay rumah mak temankan ayah. Mula mula tu stress jugak. Almaklumla...mak ni kan jantung hati keluarga..so walau mak suka bebel tapi kalau dia takde..feel dia tu lain. . Nasib baik la 3 minggu tu cepat je berlalu. Jumaat minggu lepas mak dah balik..so kehidupan diteruskan macam biasa. Syukur alhamdulillah. 😂 These past 3 weeks...macam2 jadi. Di tadika sorang senior teacher kena stop last minute sebab dapat offer kerja spa. So 2 minggu aku kena jadi cikgu sementara guru masuk next week. Dan baru 2 3 hari ni jugak ada kematian dala...

Kenduri CNY

Image
Assalamualaikum. Cuti raya cina tahun ni cuti sekolah kejap je pun. Termasuk weekend, 5 hari je cuti. Tapi walaupun cuti pendek, macam biasa kenduri tetap jalan punya. Aku ni jenis yang kalau dapat jemputan kenduri..especially kawan kawan, jarang sangat kalau aku tak attend. Kalau ada kenderaan n takde program lebih penting in sha Allah sampaila aku. Pernah terbaca jugak. If kita dapat jemputan wajib untuk hadir kecuali ada aral melintang. Tak surela pulak betul ke tak. Bagi aku, aku suka fikir kalau kita hadir jemputan..konfem kawan yang jemput tu happy. Cuba kalau kita jemput tapi kawan tak datang...of course kecewa jugak kan? Mulalah fikir..tak sudi ke datang? Takkan dalam ramai ramai seorang pun tak nampak muka kan? So cuti cny ritu adalah dapat beberapa jemputan. Hari sabtu 17.2, jemputan kenduri kawin bekas cikgu Tadika Aulad Pintar. Sekarang dia dah kerja bahagian kesihatan. Walaupun dah 3 tahun...still dia masih ingat untuk bagi jemputan. Bila sampai peng...

Cuti Chinese New Year

Image
Assalamualaikum.. Macam frust je menaip new entri tapi bila cari kat draft semua dah takde.huhu btw salah aku jugak. guna bloggeroid kat tab tapi simkad takde. selalunya aku akan load post from sd card..tapi dah simkadnya takde. bongok betul. kemain menaip berjela jela.kihkihkih anyway, lesson learnt. takde nak cite apa pun. last week kan cuti 3 hari, so hari cuti kalau mood datang membebel la apa apa yang patut. hari jumaat lepas pagi pagi lagi aku dah balik rumah mak sebab mak nak mintak tolong hantarkan makanan ada gotong royong kat kubur. mak takde buat apa pun. pulut pagi dengan kelapa muda parut, pastu goreng ikan selayang. air pulak buat teh o panas je. lepas siap hidang makanan, aku tinggalkan kat situ je. singgah beli breakfast nasi kerabu pastu balik ambik mak. ingatkan nak hantar je mak kat kubur tu, tapi dia ajak baca yasin pulak kat kubur nenek. kalau taknak, konfem mak bebel.kihkihkih padahal malam sebelum tu aku memang dah baca yasin pun niat...

Program Maik Ayah

Assalamualaikum. Sekarang ni tengah rehat rehat barulah terasa lenguhnya kaki. Seharian dok rempit dengan kete manual. Cramp urat betis kittew taw 😥 Hari ni kerja halfday je. Sebabnya ayah ada program MAIK. buat pulak nun jauh di Masjid Muhammadi. Kalau buat di Balai Islam dekatla jugak. So pagi tadi balik ambik ayah terus gerak pergi sana. Ingatkan programnya kejap je sejam dua. Bila tanya dekat bahagian pendaftaran rupanya sampai ke tengah hari. Ingatkan ada ceramah ke apa..rupanya program penyerahan duit bantuan untuk imam, bilal dan siak masjid under MAIK. Alah..yang PM Najib umum dalam Bajet tahun lepas. Wang bantuan rm1500 tu dia bayar dua kali. Hari ni dapat rm1k. Bulan june dapat bakinya rm500. Alhamdulillah rezeki ayah. Dah orang nak bagi ambik jelah kan.. Lagipun ayah dan mak pangkah BN. kahkahkah. Bila sampai sana kemain ramai. Rupanya dekat registration kena ambil borang dan isi maklumat diri. Nasib baik dalam handbag aku pen selalu ada. So terus...

Hari jumaat di rumah mak

Image
Assalamualaikum. Minggu ni hari jumaat ada rumah mak. Selalunya jumaat malam baru aku balik. Tapi kelmarin mak kol cakap dia sakit gigi. Nak suruh belikan ubat. Dah 3 hari sakit. Ubat tahan sakit takde. Panadol pulak dia tak boleh makan sebab alergik. Nasib baik dengan aku ada lagi stok painkiller 4 biji. So alang alang balik terus jelah malam tadi. Masa ayah balik masjid..tersengih je dia bila nampak aku yang buka pintu. Masa sampai malam tadi mak tak pergi masjid pun. Kesian dia. Memang tengah sakit. 2 3 hari ni dia cakap makan bubur nasi je. So aku terus suruh makan painkiller 2 biji. Dalam sejam dah lega baru mak boleh makan. Ada kek sikit dengan 1 set prosperity burger aku bawak balik. Share share dengan mak ayah. Lepas tu baru mak makan nasi. Nasib baik aku bawak balik ubat. Kesian mak. Bila rasa lega sikit sakitnya barulah muka nak nampak ceria sikit. Hari ni dalam pukul 11 lebih tadi aku ke klinik arifin. Beli antibiotik kat mak. Sama macam aku last 2 wee...

Cabut Gigi di Klinik Gigi KB

Assalamualaikum. Rasa macam baru je cabut gigi tahun lepas. Geraham atas. Belah kiri. Sebulan ni tiba tiba aku perasan geraham bawah pulak serpih n berlubang kat tepi. Makin lama makin sakit. If makan memang makanan terlekat kat situ. Bila dah start berdenyut sampai tak boleh nak tidur, nak tunggu apa lagi kan? So aku decide untuk cabut jelah. 2x pengalaman cabut gigi sebelum ni memang cabut kat klinik swasta je pun. Kalau kat area rumah..ada satu je klinik gigi. Klinik Arifin. N terkenal sebab tak sakit bila cabut n harga lebih murah if compare dengan klinik lain. So bila kali ke3 perlu untuk cabut gigi, memang plannya nak ke situlah untuk cabut. Tapi bila bagitau suami..katanya membazir. Cabut je kat klinik kerajaan. Sama je tak sakit.Kata dia lah. Hmmmmm....agak ragu ragu aku di situ. Aku ni kalau treatment yang besar n serius..okla if nak ke hospital kerajaan. Hospital kota bharu atau HUSM. Tu jelah pun yang mampu. Lagipun suami kerja gomen. Boleh guna GL dia....

Maggi & Laksa

Image
Assalamualaikum. Sape suka makan megi? Sure ramai suka kan? Aku pun suka jugak. Tapi semua orang pun tahu megi ni dah masuk kategori makanan tak sihat. Dulu masa tengah buat treatment orang selalu suruh aku stop makan megi. Minum air karbonat. Tapi aku makan jugak. Minum jugak.kihkihkih Tapi honestly aku takdelah makan megi kerap sangat. Seminggu sekali atau 2 minggu sekali. Air karbonat pun sama. Seminggu sekali je. Tu pun yang botol kecik je. Hari bekerja memang jarang atau langsung tak beli. Selalunya hari cuti weekend je aku beli. Tapi megi ni selalu terasa nak makan bila dah boring makan nasi. Macam aku pulak kalau makan megi nak kena ada sayur lauk pauk mcm udang ayam atau sotong. Kalau takde stok lauk memang aku malas makan megi. Ada orang makan megi bodoh celup air panas pun takpe. Aku tak suka. Memilih. Alang2 makan megi pun harusla masak best best. Baru puas hati 😆😆😆 Alkisahnya nak cerita pasal malam tadi makan megi. Semalam hari selasa ada je pasar ...

DAMIA CAFE 2

Image
Assalamualaikum. DISCLAIMER: ENTRI RAMADAN 2017. ADA DALAM DRAFT ;P untuk ifthor hari ke 12, muis dengan kawan kawan decide nak pi makan kat Damia Cafe 2. nak makan ala ala bakar n steambot la pulak. boring jugak makan nasi tiap hari kan. dari 11 orang yang kengkonon nak join, last last berlima je yang tinggal. tapi ada apa hal..yang penting plan jalan. dahla petang tu hujan renyai angin sepoi sepoi bahasa, so lagi syok kalau dapat makan cenggini.huhu dari kiri: tuan belog, kak is double chin, cik annur tokey popiah cheezy, cik hidayu mek kepoh, cik ieqal yang lemah lebut tapi makan banyak..tiada dalam gambar cik amylia.. masing2 muka kebulur je walau ada yang tak puasa.kihkihkih ok, jom tengok lauk nak makan dengan nasi putih.    daging masak merah daging black pepper ayam masak halia. selain tu ada jugak sup kambing. tang nasi je muis tak puas hati. nasi aku yang kawan ambikkan dahla sejuk, keras n ada macam kerak nasi gitu. lepa...