Posts

Showing posts from 2016

Ihtifal Tadika Aulad Pintar-Part 2

Image
salam... entri bersambung. dalam pukul 7 tunggu order nasi air dingin still tak sampai. sepatutnya semua staff makan dari pukul 7-7.30 je. so aku kol kawan yang urus benda ni. bagita yang kol tak angkat, wasap tak reply. pastu kol bagitau bos. harusla bos bebel kan. kawan yang handle benda ni dia cakap dia boleh je belikan masa otw nak datang tapi bos still tak puasa hati sebab masa tu dah lewat. so aku teringatla ritu suami bawak beli nasi kat kedai Pok Mat Milo Tunggeng belakang hospital KPJ. terus aku ajak cikji pergi beli kat situ je. dahla nak cepat, bila nak keluar dari parking basement, terlupa pulak nak cop keluar tiket keluar parking. aku suruh cikji je pergi kaunter nak cop resit parking. tup tup kat situ cikji cakap staff ktc bagitau yang bilik kitorang dah ada kereta lain yang claim untuk parking tu. entah cikji cakap apa, dapatla kami keluar tanpa bayar jugak. orang dahla panik nak cepat, banyak pulak hanky panky. kan dah kena sound dengan cikji.kihkihkih...

Ihtifal Tadika Aulad Pintar 2016-Part 1

Image
Salam. Hari ni macam biasa cuti sehari selepas konvo. Tak leh imagine cane kalau bos tak bagi cuti. Agaknya mengangkang berjalan nak pergi kerja huhu. Setiap tahun macam biasa selepas ihtifal aku akan sakit kaki lenguh paha lenguh betis. Selalunya ditambah jugak dengan pakej badan kejap panas kejap sejuk. Tapi tahun ni yang tu takde. Just sakit kaki n sakit pinggang je. Sakit pinggang tu faktor umur rasanya.kihkihkih Tahun ni tak rasa penat sangat sebab maybe dah tak jaga kelas. Lagipun tahun ni ramai staff baru menolong. Tapi setiap kali ihtifal aku macam biasalah jadi runner merangkap stage manager merangkap segalanya. Tarik red carpet yang senget pun aku buat jugak tau.huhuhu Walaupun penat tapi tiap kali ihtifal memang aku nantikan. Tak sabar nak tengok persembahan anak anak. Masa nilah nak tengok senyuman kat wajah parents yang bangga dengan anak dorang. Masa nilah rasa terharu sebab parents ucapkan terima kasih kat kita. Pendek kata penat lelah setahun berbal...

Arwah Nenek Dalam Kenangan...

Image
salam. selepas 7 tahun, rupanya tahun 2016 ni sekali lagi bawa berita duka pada aku dan famili. bulan julai ritu pakcik meninggal sebab kanser hati. then, hari rabu lepas, nenek pulak meninggal sebab lemah jantung dan sakit tua. masuk hari ni dah 9 hari rupanya arwah nenek meninggal. nenek meninggal hari rabu, 9.11. selepas 5 hari masuk wad. pagi rabu tu, doktor cakap dah boleh bawak balik. dah tak boleh nak bagi rawatan dekat nenek. lagipun if stay di hospital, nurse asik dok ambik darah, cucuk situ sini. kesian dia. nenek dahla kurus kering tinggal kulit dan tulang je pun.huhu hari rabu kebetulan hari last aku praktikum kursus asuhan permata. petangnya mintak balik awal sikit dengan bos. sebelum balik singgah belikan nasi air untuk nenek. petang tu sempatla aku suapkan nenek nasi air. adala 3,4 sudu yang dia makan. masa nenek dibawa balik dari hospital, dia bukan tak sedarkan diri pun. dia boleh bercakap. kenal orang. so petang tu dalam 6.30 kot aku gerak balik j...

Busy Bee..

Image
salam... macam lamaaaa je tak update blog. patutla aku stress je. btw, aku menulis blog untuk diri sendiri je. mana mana yang baca tu, terima kasih jelah.hehe minggu ni pun sebenarnya busy la seposen. ada praktikum kursus permata. nak kena siapkan kerja kursus PERMATA jugak. nak ditambah lagi, nenek pulak sakit tetiba warded. so bila nenek sakit, mak jaga aku pulak kena berulang alik rumah teman ayah. 3 hari dari hari jumaat ni memang agak busy. jumaat lepas dari petang sampai ke maghrib kena stay di tadika prepare untuk parent's meet. then, hari sabtu parent's meet dan ada meeting pasal ihtifal. yang tu dah makan masa pagi ke petang. then mak inform nenek warded. petangnya aku nak kena packing barang nak hantar kat abng di melaka. menunggu dekat stesen bas dah malam. then ayah pulak ajak melawat orang sakit. malamnya balik sampai rumah aku mandi, tengok tv kejap terus tertidur. laki sendiri pun tak sempat jumpa hari sabtu.huhu stress sampai tahap aku kol...

Batuk & Tonsil

assalam. weekend minggu ni sangat sangatla tak seronok. takde angin takde ribut tetiba tonsil bengkak pastu pakej sekali dengan batuk berkahak. puas aku dok fikir apa yang aku makan sampaikan tonsil bengkak. mungkin sebab aiskrim kot. tak pun sebab keropok keping. aihhhh tak tahula. mungkin ni jugak balasan tuhan sebabnya last week aku pernah terdetik dalam hati.. sekarang ni orang asik dok demam batuk, aku sihat je. mungkin ada riak kat situ. terus tuhan balas. padan muka ko muis. balik kerja hari khamis tu aku dah rasa tak best dah. batuk pun baru acah acah rasa geli tekak je. tapi bila malamnya masa tidur, memang aku rasa sejuk lain macam sangat. sampaikan aku pakai 3 lapis kain selimut. memang rasa badan menggigil gigil. bangun pagi jumaat aku terus mandi. rasa sehatla sikit. petangnya masa aku balik rumah mak kejap baru perasan tekak rasa sakit belah kiri. bila check dekat cermin, memang dah bengkak tonsil belah kiri. malamnya bila tidur memang terasa dah te...

Korean Drama 2016

Image
salam. sejak dari astro bagi  channel free 2 bulan ritu, tetiba suami bertukar dari hantu drama melayu ke hantu drama korea. masa tu aku dok layan W-Two World, dia pulak layan Victory for Tomorrow. bagi aku, Victory for Tomorrow tu macam soap opera la kot. panjang sangat episodnya. kalau drama korea komersial lain selalunya 16-20 episod je pun. then, bila channel free tu stop, aku pun langgan la Korean Pack yang ada channel Oh!K dengan TvN. sukala laki dapat layan cite korea dia sampai habis. sekarang ni bila tengok tv, asik nak tengok korea jelah. dah tak tengok drama melayu sangat. apapun, bagus jugak aku rasa macam tu. almaklumla bila time dia layan drama melayu, sakit jiwa raga aku. kadang kadang jadi bergaduh pun ada sebab aku asik dok kutuk je drama melayu ni. dia serabut agaknya.kihkihkih sekarang ni W dah habis. Victory for Tomorrow tu stil ada dalam 10 episod kot. disebabkan suami dah tahu endingnya cane, so sekarang ni dia layan cite lain pulak, The G...

SKIPTRACE (2016)

Image
salam.  If weekend, hari sabtu selalunya boring. sebab dok ulang tayang je cite yang dah tengok sepanjang minggu. so last week, nampak je ada iklan SKIPTRACE kat astro best, memang aku teringin jugak nak beli. so masa kat rumah mak, aku beli cite ni. if keluar kat astro best murah jelah rm10.60 kalau kat astro first, mahal. selalunya cite melayu banyak keluar kat astro first. bagusla sebab aku tak minat cite melayu.huhu lama dah tengok cite ni kat web untuk download, tapi ritu masa nak download, aku tengok still takde subtitle dekat subscene.com. so aku tak download pun cite ni. alang alang dah ada kat astro best, beli jelah. if kita beli dapat jugak chanel astro best hd, tapi mandangkan rumah mak bukan tv flat screen, so gambar di chanel astro best hd tak cantik. asik pecah pecah je. so layan jelah kat chanel biasa. overall, tak rugi langsung beli cite ni. aku siap ulang tayang 2x direct non stop. if movie jackie macam biasalah mesti ada action kan? tapi ...

Food last weekend..

Image
salam. semalam ambik order durian crepe 17 bekas. untuk anak sedara bawak balik tempat study dengan untuk ofis suami. aku dah cakap kan aku niaga main main je. malas nak iklan iklan.kihkihkih hari ni pulak dapat order cheese tart 15 bekas. order dari tempat kerja je. akak tak bagi aku iklan kat fesbuk, sebab dengan dia sendiri dah ada order 30 bekas.huhu takut tak sempat nak sediakan.  sekarang ni tak tahula kenapa. malas betul nak masak. tapi makan luar pun bukan sedap sangat. if hari kerja memang kalau suami cakap taknak makan malam, aku suka sangat sangat. aku takpe, makan jelah apa apa pun pastu mengantuk tidur jelah. tapi kalau hari cuti memangla kena masak. tapi kalau orang ada ajak suami makan kenduri or semayang hajat ke lepas semayang jumaat, memang hepi la seposen, sebab tak payah masak.kihkihkih.  lauk hari jumaat. daging korban ada lagi sikit. sempatla untuk masak lagi 2 kali. ada ikan dalam peti, aku buat goreng pedas je. ...

Pulut putih for breakfast

Image
salam. sekarang ni pagi pagi aku dah tak payah pening nak fikir makan apa untuk breakfast. sebabnya ada sorang kawan sekarang ni mak dia ada jual pulut pagi yang dah siap packing. so tipa hari if dia bawak, bagi je aku satu. lagipun sekarang ni pergi balik kerja dengan suami. dia dahla kerja masuk bandar, so kena gerak awal n memang tak boleh singgah untuk beli breakfast. kecuali kalau dia nak masuk lewat. tu pun kena tanya dulu boleh berenti ke tak. if kat area tempat kerja ni, selain mahal, kedai yang ada tak memenuhi selera aku. so pagi pagi selalu dok pening nak fikir makan apa.huhu 1 paket ni rm2. mahal jugakla seposen.kihkihkih tapi dah faveret nak buat cane.  kedai kat area rumah aku dulu jual  rm1 je. tapi sekarang ni dah tak jual sebab katanya susah nak dapat kelapa muda. ada sesetengah kedai dia jual pulut ni dengan ikan kering. aku pulak suka makan dengan ikan sardin/selayang goreng. lagi sedap.  semalam dengan hari ni aku beli 2 pa...

Jual Cheese Tart & Durian Crepe

Image
salam. sekarang ni kalau tengok kat fesbuk and insta, ramai sangat orang yang meniaga kan? news feed tu selalunya penuh dengan iklan je cakap je nak barang apa, semua ada. bak kata orang, mak bapak je takde jual.hehe dekat tempat kerja aku ni pun, ada sorang kawan tu memang kaki menjual. cakap je nak apa...semua ada. tiap tiap hari ada je benda baru dia bawak untuk jual. sekarang musim durian kan? so tengah menggila jual durian crepe la pulak. huhu walaupun dia jual murah n ambil untung sikit je, tapi nampakla hasilnya, siap boleh beli barang kemas lagi. apapun, sebagai kawan aku tumpang gembira jelah. yang aku ni pulak, teringin la jugak nak meniaga. tapi bila fikir fikir, macam segan je nak jual. rasa macam tak reti nak promote barang ni. tapi bak orang kata nak seribu daya kan? kalau tak nak tu, banyakla pulak dalihnya.kihkihkih tapi hari tu dah kawan suruh, aku tryla jual durian crepe. sekali je aku iklankan. terus dapat order 28 bekas. bolehla untung setaka...

Salam Aiduladha 2016

Image
salam. hari ke3 raya aku dah masuk kerja. memang tak apply cuti pun. malas. bagi can kat sape sape yang lebih perlukan cuti. tahun ni kebetulan raya jatuh isnin selasa so kerajaan negeri umum cuti peristiwa hari ahad sehari sebelum raya. masa aku balik rumah mak, ramaila yang puasa. mak, nenek, kak ipar n anak sedara puasa. mentua aku pun puasa. aku je tak puasa sebab period. malam raya tu akak yang jerteh cakap nak buat bakar ayam. pastu aku ambik order jugak untuk tart. tapi disebabkan masalah teknikal, daripada 21 bekas yang dapat order, aku berjaya deliver 10 bekas je. n aku salahkan akak si baker. hari tu janji dengan aku nak balik awal, so aku ingat sempatla buat delivery petang ahad tu. rupanya pukul 6.30 lebih baru dia gerak balik dari jerteh. dekat pukul 8 baru sampai, terpaksalah aku deliver tat memalam buta.huhu dahla first day period, so mood memang ke laut. dahla penat kesitu sini, mana risau nak fikir order orang lagi.  nasib baik aku tak lari ...

Plan for IUI ke3

Image
salam. ingatkan bila dah start ivf dah takde treatment kat hospital kota bharu, tup tup awal bulan 8 ritu nurse kol cakap ada temujanji. aku tak tau pun? tapi memang hospital terengganu ada pesan kat aku suh buat iui lagi sekali tapi dah ritu puasa n raya, malasla pulak nak kontek hospital. tapi mandangkan dah ada temujanji aku pergi jelah n doktor wan cakap buatla iui lagi sekali. so bila tunggu period, hari ke2 aku kena pergi ambik darah pastu ambik siap siap Gonal F. oh ya ni Gonal F. kena cucuk sendiri ye kat perut. kalau yang dulu doktor suruh cucuk 2 dos je, tapi untuk kali ni kena cucuk sampai 5 dos. so dapatla 2 batang Gonal F. ada 4 dos je dalam 1 batang pen tu.  maknanya kena start cucuk dari period day3 sampai day7.  walaupun dulu mintak kakak ipar dengan suami yang buatkan, kali ni aku cucuk sendiri jelah. cuma malangnya kali pertama cucuk, aku ingatkan aku dah habis tekan semua ubat tu tapi bila keluarkan jarum, dahla banyak keluar darah, pastu...

I.N.S.E.C.U.R.E

Image
assalam. dah masuk tahun ke-5 kahwin ni entah kenapa tetiba aku rasa insecure pulak. mungkin sebab takde anak. mungkin sebab badan makin gemuk. sila salahkan treatment hospital,(ubat subur, ubat hormon etc..huhuhu) so selalu rasa dah tak cantik dimata suami. selalu rasa suami dah tak sayang. selalu cari gaduh n salahkan suami berkaitan semua benda. tapi bila tanya suami, sayang gemuk ke? of kosla jawapannya tak. kalau tanya sayang dah tak cantik ke? of kosla jawapannya cantik. kalau tanya sayang ke tak? of kosla jawapannya sayang. tapi aku still tak puas hati. setiap hari aku selalu nak cari apa yang suami buat yang membuktikan dia sayang aku. psiko kan? aku selalu rasa aku ni banyak masa nak fikir benda remeh temeh macam ni (menurut kata suamilah) sebabnya aku ni sunyi. suami sibuk dengan hal dia. aku pulak takde anak nak dilayan. so banyak fokus pada suami. bila dah fokus asik pada suami, sekecik hal pun if ada tak kena, memang jadi masalah besar la bagi aku. d...

Penjagaan Diri & Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus.

 salam.  tadi ada terbuka 1 link di fesbuk. Nak elak dari gangguan jin. dekat sini aku share sekali antara tips tips...d ar i Ustaz Syahida n (KUIS)   1. Lafazkan assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah. Sebab syaitan yg memecah belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kbiasaannya di pintu². -dah jadi kebiasaan aku bagi salam bila masuk rumah n masuk bilik tidur. especially kalau bilik tidur @ rumah gelap yang belum bukak lampu. Aku selalu baca 'Assalamualaikunna...." entah dah lupa dari mana aku baca pasal ni.   2. Lazimi membaca & memasang ayat suci al-quran di rumah.  - yang ni harapkan baca quran kat rumah jelah. kadang kadang if boring sangat takde rancangan tv kalau channel 106 ada bacaan quran atau talaqqi ...

Muis & Dentist

salam. selepas 4 bulan aku bermasalah dengan gigi, akhirnya malam tadi aku decide untuk cabut je. gigi geraham belah atas. mulanya start sakit tu rasa ngilu bila makan ais, bila berkumur kena air pun dah sakit. so nak gosok gigi atau ambik air sembahyang seksa sangat. lepas tu makin lama makin teruk sampai tahap sakit berdenyut denyut. macam macam petua aku try last sekali sampai terpaksa makan painkiller ponstan. pastu aku try jugak guna ubat gigi colgate sensitive relief. legala seposen tapi still tak berani nak kumur lama lama. kalau makan pun memang kunyah belah yang tak sakit. tapi lately ni walaupun tak rasa sakit berdenyut denyut tapi start gusi berdarah la pulak. berdarah merah n banyak. pastu nafas pun macam berbau walaupun aku kerap gosok gigi.  bila aku tengok kat cermin memang nampak gigi macam buruk n tak sama kaler dengan gigi lain. so decide untuk cabut jelah. mandangkan hari ahad klinik bukak malam je, pukul 8 so lepas habis kerja semalam aku stay...

Weekends!

salam. hari jumaat. lepas subuh aku tertidur sampai pukul 9 lebih. pastu bangun pergi kedai cari breakfast. maybe sebab nak period so asik rasa nak makan je. selalunya hari jumaat memang aku tak beli n jarang sangat masak breakfast. memang lepas suami balik jumaat barulah makan nasi. tapi dah lapar, aku merajinkan diri jugak ke kedai. nak harap suami cari breakfast?hmmmm baik tak payah. tapi masalahnya bila beli nasi bungkus pagi, suami bila dah makan dia rasa kenyang so lepas balik solat jumaat dia dah taknakla makan nasi. penat aku masak.huhu buat ikan goreng pedas, pastu goreng ayam je pun. then ada sayur lemak bayam tapau dari periuk mak. aku sendiri pun dah suami tak makan, so aku pun tak makanla. dok layan tv je sampai petang n tertidur kejap. bangun tido tu barula rasa lapar nak makan nasi. actually, masa pagi khamis otw nak pi kerja, aku lalu pasar n nampak bayam segar. terus teringin nak makan sayur lemak. so kol je mak suruh dia buatkan sayur lemak bayam....