Posts

Ramadan 2018 - Entri 2

Image
Assalamualaikum. Hari ni plan nak berbuka dengan kawan tempat kerja. So dalam 6.30 baru shoot ke sana. Jadi adala masa nak update blog sekejap. hehe Dah 2 hari berpuasa ni tak tahulah kenapa tak selera dengan nasi. Maybe sebab cuaca panas kot. So tekak dahaga. Bila time berbuka nampak air jelah. nasi satu senduk makan separuh je. Kuis kuis je dalam pinggan. lepas suami siap makan, aku pun terus tutup saji. Takde selera nak sambung makan. Malamnya sebelum tidur, kalau nak makan, makanla apa apa. Buah ke, biskut ke, kuih ke. Kalau takde, terus tidur jelah. Bangun sahur gagahkan diri jugak makan nasi sikit. Minum susu kurma. Tu pun nama makan menu masak sendiri. If lauk beli, lagilah aku tak selera. Cuma kelmarin teringin nak makan ayam percik. Teringin nak makan buah tembikai sejuk sejuk. Air pun, terasa nak minum air sejuk dari peti ais je. Tak terasa sangat nak minum air manis. Apapun, walau tak berapa ada selera dengan nasi, still masih bertenaga nak continue be...

Ramadan 2018-Entri 1

Image
Assalamualaikum.. Ramadan tahun ni tak sama dengan tahun tahun lepas. Malas gila nak berblog. Kebetulan start puasa tengah sebuk dengan kerja. Dalam 2 3 minggu ni, rasa macam minggu je kot macam free sikit. Selalu pun bulan puasa, aku rajin je snap gambar menu buka puasa. Tapi tahun ni macam malas sikit. Mungkin sebab aku sempat berpuasa 2 hari je lepas tu terus bercuti. Bila tak puasa, mood puasa pun takdelah kan. Memangla seronok tak payah puasa seminggu, tapi feel masa berbuka tu tak adalah.huhu Tapi memangla sekarang ni dah akhir zaman kan. rasa macam baru je first day puasa..tup tup  hari dah 11 Ramadan dah. Lagi 18 hari je dah nak beraya. Disebabkan tahun ni malas..so gambar lauk pauk berbuka pun kita campur campur jelah ek.. yang penting, lain masak wajib ada. sumpah aku tak selesa dengan lauk bazar. suami ajak gi bazar pun malas. aku cuma singgah bazar otw balik kerja sebab nak beli popiah goreng dengan air je. gambar atas ni semua lauk pauk ...

jeruk mangga asam boi lagi?

Image
Assalamualaikum. Yes, betul. Jeruk pauh asam boi lagi.hihihi Konon taknak buat sebab mangga mahal? Konon jelah.  Ritu yang first time buat 3 bekas.  Sebekas bawak makan di tadika Sebekas bagi mrs boss.  sebekas makan laki bini. Done.  Janji dengan orang nak beli buah mangga murah tapi nan hado.  Petang jumaat, suami keluar beli barang kedai tengok tengok dia bawak balik pauh lemak. Padahal tak kirim pun. Dia cakap dia beli rm10, 6 biji. Murah jugak la kot.  Happy je rasa bini ni, tapi tak cakap kat dia pun.  Tapi bak kata dia, bukan baru nikah sehari.  Dia tau dah ragam bini dia ni kalau badmood ke, kalau happy ke.hihi Kali kedua buat 1 bekas besar, 3 bekas kecil. Lenguh jari kupas kulit 6 biji, dah pisau pengupas tumpul sangat.  Kalau macam ni tak boleh nak meniaga ni. Jemu pulak rasa nak hadap benda alah ni. Tapi 2 hari lepas, akak cakap suruh buat la pulak lagi mangga asam boi ni untuk d...

Muis turns 34.

Image
Assalamualaikum. Dah sebulan lebih baru nak update pasal birthday? 😅 Tapi takpelah..untuk kenangan kan? yang tahun lepas pun rasanya tak publish.kihkihkih Tahun ni besday jatuh hari khamis. Takde nak sambut apapun. Dah tua kan? Aku cuma order brownies untuk diri sendiri. Takde orang nak belikan kita kek. 😢 Mulanya plan dengan kawan yang besday selang 3 4 hari dari aku, Cikji kot kot nak berjimba ke KT nak tidur kat mana mana 1 night. Tapi hari sabtu 3hb tu sabtu bekerja la pulak. So plan kansel. Brownies ni aku tempah dengan mak kepada students. Sape sape area kelantan boleh la tempah. Memang tak mengecewakan. Ni aku bagi link ig dia ... Instagram IzzBrowniesBites Yang ni harganya cuma RM20. Brownies banyak ni..suami makan 2 ketul. Yang selebihnya bawak balik rumah mak bagi anak sedara je makan. Then malamnya kebetulan mak buat solat hajat. Jemput orang masjid 4,5 orang je pun. Mak malas masak so beli satay n nasi himpit jelah. Ada kuih kuih jugak sikit. ...

Visit baby Luth Iman.

Image
Assalamualaikum. Tahun 2018 ni in sha Allah anak sedara bertambah lagi 2 orang. Sorang dah selamat lahir bulan februari hari tu. Sorang lagi in sha Allah another 4 month kot. Rezeki adik, akhirnya setelah 7 tahun berkahwin..wife dia dah pregnant. Syukur alhamdulillah sangat sangat. Walaupun aku takde rezeki anak sendiri, tapi diberi rezeki anak sedara yang ramai. Alhamdulillah, di tahun 2018 ni anak sedara semuanya dah masuk 30 orang. Adik n wife dia kawin tahun yang sama dengan aku, cuma beza 3 bulan je. So bila first time mak bagitahu adik ipar dah pregnant, jujur aku cakap memang aku sedih. Mood masa tu terus down..down n down. Adik ipar pun kebetulan masa tu ada, takdelah dia beriya cerita dia dah pregnant. maybe nak jaga hati aku taknak bagi aku sedih kot. Tapi biasalah, dah namanya perempuan, tipu sangat la kalau tak sedih. Tapi tak lama pun aku sedih...sehari dua cukupla. lepas tu mood aku berubah macam biasa n tumpang gembira jelah. Kalau Allah nak bagi rezeki....

Membebel hari jumaat.

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Busy dengan apa pun tak tahu. Bukan ada anak pun. Laki pun sorang je.kihkihkih Selepas 3 minggu..akhirnya minggu ni boleh rileks kat rumah. Betul betul rehat. Bila penat boleh baring n lelapkan mata anytime. Last 3 weeks...phewww.. Penat. Stress. Serabut. Sakit tubuh. Takde mood. Semua ada Alkisahnya 3 minggu mak takde rumah ke kl dan melaka atas urusan keluarga. Ayah tak ikut so aku lah yang kena stay rumah mak temankan ayah. Mula mula tu stress jugak. Almaklumla...mak ni kan jantung hati keluarga..so walau mak suka bebel tapi kalau dia takde..feel dia tu lain. . Nasib baik la 3 minggu tu cepat je berlalu. Jumaat minggu lepas mak dah balik..so kehidupan diteruskan macam biasa. Syukur alhamdulillah. 😂 These past 3 weeks...macam2 jadi. Di tadika sorang senior teacher kena stop last minute sebab dapat offer kerja spa. So 2 minggu aku kena jadi cikgu sementara guru masuk next week. Dan baru 2 3 hari ni jugak ada kematian dala...

Kenduri CNY

Image
Assalamualaikum. Cuti raya cina tahun ni cuti sekolah kejap je pun. Termasuk weekend, 5 hari je cuti. Tapi walaupun cuti pendek, macam biasa kenduri tetap jalan punya. Aku ni jenis yang kalau dapat jemputan kenduri..especially kawan kawan, jarang sangat kalau aku tak attend. Kalau ada kenderaan n takde program lebih penting in sha Allah sampaila aku. Pernah terbaca jugak. If kita dapat jemputan wajib untuk hadir kecuali ada aral melintang. Tak surela pulak betul ke tak. Bagi aku, aku suka fikir kalau kita hadir jemputan..konfem kawan yang jemput tu happy. Cuba kalau kita jemput tapi kawan tak datang...of course kecewa jugak kan? Mulalah fikir..tak sudi ke datang? Takkan dalam ramai ramai seorang pun tak nampak muka kan? So cuti cny ritu adalah dapat beberapa jemputan. Hari sabtu 17.2, jemputan kenduri kawin bekas cikgu Tadika Aulad Pintar. Sekarang dia dah kerja bahagian kesihatan. Walaupun dah 3 tahun...still dia masih ingat untuk bagi jemputan. Bila sampai peng...

Cuti Chinese New Year

Image
Assalamualaikum.. Macam frust je menaip new entri tapi bila cari kat draft semua dah takde.huhu btw salah aku jugak. guna bloggeroid kat tab tapi simkad takde. selalunya aku akan load post from sd card..tapi dah simkadnya takde. bongok betul. kemain menaip berjela jela.kihkihkih anyway, lesson learnt. takde nak cite apa pun. last week kan cuti 3 hari, so hari cuti kalau mood datang membebel la apa apa yang patut. hari jumaat lepas pagi pagi lagi aku dah balik rumah mak sebab mak nak mintak tolong hantarkan makanan ada gotong royong kat kubur. mak takde buat apa pun. pulut pagi dengan kelapa muda parut, pastu goreng ikan selayang. air pulak buat teh o panas je. lepas siap hidang makanan, aku tinggalkan kat situ je. singgah beli breakfast nasi kerabu pastu balik ambik mak. ingatkan nak hantar je mak kat kubur tu, tapi dia ajak baca yasin pulak kat kubur nenek. kalau taknak, konfem mak bebel.kihkihkih padahal malam sebelum tu aku memang dah baca yasin pun niat...

Program Maik Ayah

Assalamualaikum. Sekarang ni tengah rehat rehat barulah terasa lenguhnya kaki. Seharian dok rempit dengan kete manual. Cramp urat betis kittew taw 😥 Hari ni kerja halfday je. Sebabnya ayah ada program MAIK. buat pulak nun jauh di Masjid Muhammadi. Kalau buat di Balai Islam dekatla jugak. So pagi tadi balik ambik ayah terus gerak pergi sana. Ingatkan programnya kejap je sejam dua. Bila tanya dekat bahagian pendaftaran rupanya sampai ke tengah hari. Ingatkan ada ceramah ke apa..rupanya program penyerahan duit bantuan untuk imam, bilal dan siak masjid under MAIK. Alah..yang PM Najib umum dalam Bajet tahun lepas. Wang bantuan rm1500 tu dia bayar dua kali. Hari ni dapat rm1k. Bulan june dapat bakinya rm500. Alhamdulillah rezeki ayah. Dah orang nak bagi ambik jelah kan.. Lagipun ayah dan mak pangkah BN. kahkahkah. Bila sampai sana kemain ramai. Rupanya dekat registration kena ambil borang dan isi maklumat diri. Nasib baik dalam handbag aku pen selalu ada. So terus...

Hari jumaat di rumah mak

Image
Assalamualaikum. Minggu ni hari jumaat ada rumah mak. Selalunya jumaat malam baru aku balik. Tapi kelmarin mak kol cakap dia sakit gigi. Nak suruh belikan ubat. Dah 3 hari sakit. Ubat tahan sakit takde. Panadol pulak dia tak boleh makan sebab alergik. Nasib baik dengan aku ada lagi stok painkiller 4 biji. So alang alang balik terus jelah malam tadi. Masa ayah balik masjid..tersengih je dia bila nampak aku yang buka pintu. Masa sampai malam tadi mak tak pergi masjid pun. Kesian dia. Memang tengah sakit. 2 3 hari ni dia cakap makan bubur nasi je. So aku terus suruh makan painkiller 2 biji. Dalam sejam dah lega baru mak boleh makan. Ada kek sikit dengan 1 set prosperity burger aku bawak balik. Share share dengan mak ayah. Lepas tu baru mak makan nasi. Nasib baik aku bawak balik ubat. Kesian mak. Bila rasa lega sikit sakitnya barulah muka nak nampak ceria sikit. Hari ni dalam pukul 11 lebih tadi aku ke klinik arifin. Beli antibiotik kat mak. Sama macam aku last 2 wee...