Posts

Showing posts from 2011

aku bukan pemandu berhemah

assalamualaikum waaa lama pulak rasa tak update blog banyak je benda nak cerita tapi cable hf dengan camera tertinggal pulak dalam redviva dah berapa hari dok ulang alik pergi kerja dengan kereta B sebab redviva tayar belakang pecah pulak napela tayar kereta aku asik pecah je aritu masa g honeymoon pun pecah jugak tapi tayar depan pecah kt highway lasak sangat kot aku bawak kereta lubang ke apa ke bukan aku kisah sangat.hehe tambah tambah musim hujan sekarang ni jalan semua berlubang lubang kalau balik kerja malam lagila tak nampak lubang memang kalau bab penjagaan kereta aku memang tak cermat pun ada sesetengah driver tu aku tengok kalau nak lalu lubang atau bunmper punyala kemain lagi break tapi aku main bedal je kalau jumpa lubang dalam or bumper tinggi sangat barula reti nak slow sikit.hehehe kalau aku bawak kereta B pulak mesti akan naik temperature kalau B bawak tak pulak B sokmo pelik je dengan aku selalu kalau temperature kere...

salam maal hijrah

Image
assalamualaikum tahun ni tanggal 27 nov bersamaan dengan tahun 1433hijriah cepatnya dah beralih lagi ke tahun baru islam cuti umum lagi hehe senyum lebar semua kalau awal muharam apa sambutan dia ek? buat asyura kan? tak ingat pulak.hehe and akan berkumandangla lagu faveret aku ni kalau dengar lagu ni memang aku akan rasa bersemangat and lepas tu akan rasa sebak dan terharu mesti sampai bergenang air mata aku.hehe layan je lepas tu kat tv akan adala sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan ada nasyid, perarakan mak aku mesti pagi pagi dah layan tengok sambutan maal hijrah ni kat nasi lemak kopi O.hehe okla, salam maal hijrah untuk semua berubahla ke arah yang lebih positif okay daaaa

cerita solat jumaat

assalamualaikum dunia dah akhir zaman semakin ramai yang bertuhan kan nafsu dan melupakan agama padahal semua orang tahu solat jumaat tu wajib tapi kenapa semakin ramai yang tak buat solat jumaat? macam petang semalam aku balik dari kbmall punyala ramai yang still berlegar dalam tu keluar je dari situ kemain ramai lagi yang dok lunch dok sembang hisap rokok tak malu ke? terang terangan tak pergi solat jumaat dorang tak tahu agaknya sekali meninggalkan solat jumaat hati akan tertutup rapat dan tidak akan menerima hidayah lagi hati aku bila tengok orang macam ni terus prejudis terus hati yang jahat ni berkata kata kalau dah solat jumaat tak buat solat 5 waktu apatah lagi hmmmm Kewajipan mendirikan solat jumaat telah dijelaskan dalam Surah Al-Jumu'ah ayat 9, Allah berfirman maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke...

antara kerja & komitment

****updated syukur ada yang prihatin terima kasih semua budi baikmu akan dibalas :) assalamualaikum sangat sangat serabut semua taknak bertolak ansur yang jadi mangsa siapa? aku jugak!!

jumaat yang tensi

assalamualaikum baru je nak berseronok nak bergembira sebab B baru balik dari kursus tup tup tayar kereta bocor tertinggal set kunci ofis cable hf pulak ntah ke mana aduhai apala nasib baru je semangat nak update blog tu yang malas kalau nak kena bawak kereta B susah sebab semua barang nak ada dalam kereta dengan stok makanan, air, kelengkapan seharian hmmm sabar jelah kereta pulak lepas satu satu buat hal tayar pecahla tayar bocorla tayar kembung macam macam nasib hari ni tak hujan kalau tak lagi meroyan aku macam ni sabar jelah muis

menu 21-11-2011

assalamualaikum lately selera makan membuak buak rasanya starting from today nak take note apa menu sehari hari tulis dalam blog baru senang nak tengok.hehe so menu for today: roti ban berinti kacang bubur ayam mcD Double cheese burger fries  air ribena laksa lemak kitkat 2 bar nasi air

KVM - Soundtrack Main Hoon Na

Image
assalamualaikum aku memang peminat no 1 hindustan so selalu la layan video klip yang best best so minggu ni untuk monday blues aku nak letak koleksi lagu dari filem Main Hoon Naa semua lagu best best tapi sini aku letak 4 jelah lagu yang ni paling faveret lagu hero and heroin enjoy!!!

sijil nikah

Image
assalamualaikum so jakun sijil nikah pun nak tempek kat blog.hihi tempek kasi besar sikit harapnya nilah satu satunya sijil nikah dalam hidup aku muahahahaha

serabut sunday!!

assalamualaikum hari ni hujan balik selepas 3 hari panas terik kalau tak hujan pun mendung je sekarang still kat booth little caliphs lepas ni baru gerak masuk keje kol 2 bangun je pagi tadi rasa serabut macam macam yang aku fikir macam macam benda masuk dalam kepala berpusing ligat buat aku rasa resah gelisah rasa moody mungkin sebab tengah bercuti tak boleh solat terlalu penat so kepala jadi jem hati tak tenang sangat sangat tak suka kalau macam ni i need a break rasa macam nak berhenti kerja awal kalau bos bagi taknak cukupkan sebulan nak rehat je hmmmm kalau boleh kosongkan semua memori yang tak menggembirakan aku thanks to my fren ida's sangat lega bila dapat berkongsi dan meluahkan thats what frens are for rite? till then, daaaaa

cerita hujung minggu

assalamualaikum masuk hari ni dah 3 hari cuaca panas malam pun tak hujan bolehla basuh baju berbakul bakul bah dah tak jadi kot?hehe takpelah hujan ke panas ke hidup tetapditeruskan ye dok minggu ni seminggu memang la aku tersangat sibuk pagi kena jaga booth littlecaliphs di kbmall petang sampai ke malam pulak kena kerja hari cuti pun takleh spend masa dengan B banyak kerja nak kena buat nak nasuh baju nak pegi situ sini ohhh capeknya saya ahad depan barula back to normal hmmmmmpppppp tu baru duduk berdua kalau pasni ada baby cane la agaknya hidup aku 24 jam sehari macam tak cukup je rabu pulak B akan ke persidangan tahunan walaupun tahun ni buat di Kelantan tapi B still akan stay di hotel sebab kelas habis lewat malam and awal pagi so menyusahkan jugak kalau nak ulang balik rumah so aku akan balik tido rumah mak la lagipun seminggu ni abang sekeluarga balik bercuti so rumah tak sunyila nanti.hehe

1st attempt!

Image
assalamualaikum saje untuk suka suka pergi klinik untuk urusan lain tapi alang alang dah dekat situ takdela berharap sangat tapi berharap la jugak.hehe the results.......jeng jeng jeng 1st attempt is negative :( takpe its okay next month cuba lagi.hehe jangan stress stress la muis makin stress makin harder to get kot macam B selalu cakap, "takde rezeki lagi syg...huhu"

bah dah datang lagi

assalamualaikum pagi tadi otw ke tempat kerja hujan selebat lebatnya bila kereta dah berderet atas jalan sampai kerja pun lambat la dua tiga hari ni hujan dah mula balik dah tak panas kalau tak hujan pun mendung aje walaupun berkereta payung kenala ada kalau tak basah kuyup la jawabnya sebab hujan memang tak bagi clue tiba tiba je dia boleh turun.hehe kerja tuhan semuanya bila dah start hujan officiallynya nak start la musim banjir rasanya semalam dengar berita memang dah ada tempat yang banjir pun tahun ni aku kenala standby sebab rumah B antara kawasan yang naik air.hehe kalau dalam bilik B memang la naik air sampai kena pindah barang.huhu penatla nanti buatnya tengah kat tempat kerja hujan lebat tak berhenti naik air habisla rosak barang tahun ni merasa la aku suasana banjir naik air kat rumah B sebab kalau area rumah aku memang tak pernah naik air kalau tempat lain dok riuh dengan banjir gitu gini kena pindah duduk pusat pemulihan kampung aku rileks je seba...

berbuat dosa untuk mendapat pahala

assalamualaikum macam pelik je tajuk entri aku hari ni berbuat dosa untuk mendapat pahala sejak kawan sekerja aku kehilangan telekung di surau aku jadi terfikir tangan kotor siapa yang ambil? bukan ke kain sembahyang untuk buat solat and untuk mendapat pahala tapi bukan ke mencuri tu hukumnya berdosa dan kalau dosa sesama manusia ni selagi tak dimaafkan bawakla dosa tu sampai ke kubur sampai ke akhirat jadi apa motifnya kau berbuat dosa untuk dapat pahala sembahyang dengan kain telekung yang kau ambik hak orang lain hak yang sangat disayangi dan ada sentimental value kepada pemiliknya sangat sangat berdosa pencuri berkenaan tonggang tonggekla kau solat siang malam tuhan jelah yang tahu akan terima ibadat kau atau tak aku terpanggil nak buat entri ni sebab macam kesian dengan pemiliknya tulah satu satunya telekung baru dan cantik yang dia ada pulak tu kenangan salah satu dari barangan hantaran perkahwinan dari suami dia kesian tengok dia bersedih,tercari cari dan t...

ada apa dengan tarikh?

assalamualaikum setiap tahun asal tarikh cantik je kecoh kalau tahun lepas 10.10.10 tahun ni pulak lagi kecoh dengan 11.11.11 masa tulah nak tunangla nak weddingla nak hapa la mana mana yang miss dengan tarikh tu dok kejar pulak 20.10.2011 asal dapat apala yang ada pada tarikh? macamla kalau kau kawin tarikh tu kekal bahagia ke anak cicit setakat nak orang cakap wow cantiknya tarikh kau kawin/tunang then yang dipuji pun sengih sengih la thank you thank you pwffttt actually ni cuma pendapat aku je takde kena mengena dengan yang masih hidup atau yang dah meninggal dunia hehehe jangan marah for muslim sepatutnya dari dok kecoh dengan tarikh 'cantik' ni sepatutnya pilih tarikh islam yang elok yang memberi makna dan pengertian sebagai seorang muslim tarikh awal hijrah ke tarikh keputeraan Rasulullah ke berkekalan dan kebahagian sesebuah perhubungan tu bukan bergantung pada tarikh pun tapi bergantung pada usaha pasangan tu sendiri tapi bercerita bab tar...

muis meraban

assalamualaikum wah hari ni hujan tak berhenti lagi tapi renyai renyai jelah sejuuuuukkkkk aircond pun x payah pasang teh o ais segelas pun tak habis hehe balik kerja nanti kalu hujan lagi best la tido topup balik yang pagi tadi kena bangun awal mak ayah g kl lagi jalan pun sesakla sikit kalu hujan gak nasibla bas ke kl gerak pukul 9 tu pun lewat jugak geraknya pagi ni sebuk sikit nak cari makan pun x sempat so makan je roti jala 8 ketul kenyangla jugak tapi musim hujan ni biasa aku cepat lapar malam tadi kul 11.30 malam baru stat masak lapar punya pasal.hehe buat tomyam dengan daging goreng kunyit nasi pulak aku masak biar lembik sikit lebihkan air baru sedap makan dengan kuah tomyam panas panas nyum nyum nyum *updated yeay dah nak balik kerja so lapar nak balik buat nasi goreng tomyam, telur mata and daging goreng kunyit nyam nyam sedapnya

xtvt di kala boring versi muis

assalamualaikum wah dah berapa hari tak bercerita dalam blog ni busy dok nengok/menghabiskan masterchef us season 2 kat youtube dah rasa macam nak muntah nengoknya baru rasa nak berblog lagi.hehe takde apa yang nak bercerita pun still malas nak transfer gambar dari kamera, dari henfon what a boring day today nak buat apa lagi selain memblog? baca novel? makin hilang skill 1 hari 1 novel latest novel beli rm2.50 sejam from norhayati berahim dah baca half from the novel pun tapi still tak jumpa ayat rm2.50 sejam huhuhuhu wtf novelis sekarang ni trend buat tajuk novel ranggi n comel jek takde dah tajuk tajuk jiwang pitis berbunga bunga semanis cinta, janji setia selamanya, aku cinta kamu..hihihi sume nak buat tajuk ranggi jek lantakla asal ceritanya best sudah layan youtube? sekarang tengah melayan cover version from najwa latif yang best dari dia kalau berpacaran, one in a million, aishiteru, baby best sebab suara dia macam manja manja gitu dulu mulanya aku m...

cerita selepas raya

assalamualaikum dua hari je bercuti raya hari ni dah masuk kerja balik mood okay je nak kerja yang masalahnya kalau raya banyakla kedai yang tak bukak kantin pun tak bukak cane aku nak makan nak minum..huhuhu dahla dua tiga hari ni aku mencekik macam dah nak mati esok semalam yang paling teruk rasanya aku makan punya makan punya makan sampai aku sendiri pelik tak pernah pernahnya aku makan macam ni macam makan dengan syaiton nirrojim pulak tak kenyang kenyang muahahahahahaha ada yang pelik lagi selepas bertahun tahun raya raya tahun ni aku makan sampai 10 biji ketupat daun palas wah memang tak sangka pelik sungguh kalau la pembawakan budak kan ke best..huhuhu sepatutnya malam raya aidiladha ritu aku bangun semayang hajat mintak biar cepat dapat baby tapi aku g bantai tidur lupa nak kunci jam..huhuhu

selamat hari raya aidiladha

assalamualaikum hari ni kerja esok hari raya cuti dua hari je okla tu plan hari raya nak basuh baju yang bertimbun muahahaha bolayan je dengan raya ni tunggu lauk masak, kita makan.hehe dua tiga hari ni malas nak berceloteh sebab sebuk nak habiskan masterchef us season 2 kat star channel asik tak sempat nak tengok ajer tengok kat youtube lagi puas hati laparnya arini semua kedai tutup mentang esok raya balik pasni nak cri nasi lemak ayam berempah telur puyuh sedapnya! malam ni pulak balik rumah mak nak ambik baju raya k, nak cerita tu je jumpa lagi lepas raya ek babai

man from mars;women from venus

assalamualaikum memang pelik dan berbeza cara suami dan isteri sayang pada pasangannya.. perasaannya tetap sama cinta dan sayang tapi caranya berbeza cara isteri sayang suami; walau marah, sakit hati dan menderita walau tiap hari berendam air mata tetap sayang, cinta dan rindu tetap memaafkan suami dan tetap memerlukan kehadiran mereka tetapi..... cara suami sayang isteri; dengan melukakan hati isteri dengan berlaku tidak jujur dan menipu dengan mengeluarkan perkataan yang kasar dengan tidak menghiraukan kehadiran mereka suami berkata sayang mana mungkin sayang begitu caranya mungkin bukan hanya mulutnya berdusta tetapi juga dari hatinya

bertambah tenang

assalamualaikum syukur hari ini bertambah tenang mungkin sebab dah meluahkan semuanya dan cuba untuk enjoy dan pujuk hati sendiri cuba untuk berfikir  from the other side baca balik nasihat positif yang dishare oleh kawan kawan tapi still resah gelisah but things are getting better i guess and i hope so will pray for it nak kena try cari new idea untuk berblog idea yang segar dan menggembirakan

tiada rezeki lagi...

assalamualaikum tiada rezeki lagi tahun ni salah sendiri bukan salah orang lain tiada kekesalan jangan mudah berputus asa muis rezeki ada dimana mana hidup tenang jangan stress berubahla! perubahan yang positif kuatkanlah aku ya allah amin...

kebodohan di kala tension

assalamualaikum akhirnya selamat rambut panjang mengurai aku selamat dipotong pendek masa nak potong tu aku ditanya menyesal ke tak? dengan konfiden aku jawab tak pun! hmmmmppp padahal.. semuanya sebab aku tension dengan B nak lepas geram punya pasal g potong rambut konon nak protesla apala ke punya bodoh macam tu patut aku botakkan kepala B masa dia tidur aje geram!!! dah takdela rambut panjang mengurai yang ada rambut kontot je still cute jugak tapi hmmmm takpela patah tumbuh hilang berganti nanti rambut aku panjang lagi lagipun panjang sangat memangla leceh bangun pagi nak pergi kerja nak keringkan rambut lepas tu orang cakap tak elok buat sanggul tinggi menyerupai orang jahiliah takpela atleast kurang satu dosa kat situ hmm ayat nak sedapkan hati sendiri je lebih ni.hehe semua ni B la punya pasal!

muis demam kena cucuk

assalamualaikum wah dah berapa hari baik demam tapi baru nak berkisah kat sini.hehe takpela seronok bercerita dalam blog ni lagipun aku memang suka berceloteh entri kalau tak bergambar pun takpe seronok pulak berceloteh dalam blog peribadi ni tapi ikutkan moodla jugak berbalik pada cerita demam balik je kerja hari rabu rasa macam dah ok singgah la rumah mak and tertidur bila bangun  badan memang rasa lemah sangat tapi menggagahkan diri bangun and pergi kedai kat kedai buat kerja badan berpeluh rasa segarla balik then balik rumah awal mandi and tengok tv menjelang tengah malam badan dah rasa panas balik panas and tak selesa aku kalau demam akan rasa sakit belakang kena tidur menelentang lepas je B balik suruh dia sapukan susu kambing dekat belakang and dekat paha betis lepas tu B panaskan sapu tangan rendam dengan air asam jawa letak dekat dahi B sapukan jugak vicks dekat dada and hidung barula rasa lega sikit nak tidur esoknya rasa dah ok la jugak B ...

okay ke tak okay?

assalamualaikum cerita hari diwali disebabkan B cuti so aku cuti gak walaupun semalam berkrisis dengan B tapi plan tetap jalan nak g makan pizza and beli barang keperluan sikit so g KBmall sekali harung je nak makan big apple donuts kena hold dulu mulanya mood aku okay tapi B membuatkan aku tak ok then aku okay balik seronok, hepi, sabar tapi malamnya B buat aku tak okay balik dalam tak ok still keluar B nak makan satay aku ikut tapi tak makan dah takde mood tapi lapar makcik jual satay je sebuk tanya nape tak makan eh sukahati aku la laki aku bayar je pun! then suruh B belikan nasi lemak ayam rempah rasa macam nak merajuk tak nak makan tapi at last makan jugak then tidur peluk peluk okay je balik bangun pagi ni nak g keje aku tak okay balik B punya pasal okay ke tak okay aku ni? too many ups and down lately penat! gini ke orang kawin? tak seronok langsung!!!! (ayat tengah badmood) hmmmmpppp...

memang ada yang tak kena!

assalamualaikum macam ada yang tak kena tapi tak tahu apa im crying over something yang tak masuk dek akal rasa tak disayangi.. so nak meragam aje boleh gitu? sejak baik demam rasa macam tak selera nak makan especially nasi kalau makan pun dalam kuantiti sikit sangat tiap tiap hari asyik fikir nak makan apa ni kalau beli je mostly tak makan or tak habis last last ke tong sampah masuknya rasa macam malas nak ambik something and nak suap ke mulut asyik rasa taknak kerap pulak perut bergendang dulu baru nak makan gastrik pun rasa macam dah nak datang balik dah setat rasa tak selesa senak semacam je hmmm sampai bila nak macam ni pun tak tahula
assalamualaikum sangat sangat stress sangat sangat tak hepi sangat sangat sedih sangat sangat serabut sangat sangat benci sangat sangat menyampah sangat sangat geram sangat sangat ingin melupakan tapi sangat sangat butuhkan sangat sangat perlukan sangat sangat merindukan kerna sangat sangat mencintaimu!

WithWordWednesday

yang terindah,, hanyalah sementara

isnin yang nyaman dan membahagiakan...

assalamulaikum hari ni tak tahula nape rasa hepi, tenteram dan bahagia je walaupun B sakit gigi.muahaha bininya terlebih hepi pagi pagi dah get a thing dengan B.hehe pastu B mc tak masuk keje sebab sakit gigi seronok je buleh baring baring cuaca pun nyaman, sejuk tapi aku golek golek sampai kol 8.30 pagi je kena bangun basuh baju banyak sangat B sambung tido jelah sebab malamnya dia makan Ponstan sampai dua biji mata pun tak boleh buka aku basuh jemur n lipat baju sampai 2,3 round penat ya amat kejap kejap masuk baring kat bilik penat sebab mesin manual tapi B dah janji next year nak tukar mesin basuh automatik yeay dalam 11 lebih dah siap semua rasa mengantuk so masuk bilik sambung tido masa ni dah stat nak hujan renyai balik seronoknya boleh tidur sambil dipeluk suami.muahaha dekat kol 1 tersedar sebab rasa lapar cakap kat B "B, sayang laparla.." "B pun lapar jugak.." B terus keluar bilik aku sambung pejam mata lepas tu buny...

aku dah demam!!

assalamualaikum bila, muka berbahang tekak berkahak hidung berair belakang pun sakit sah, konfem, aku demam! atlast aku tewas jugak dengan cuaca hujan panas ribut petir sekarang ni yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan aku huhuhu aku ni memang susah nak demam kalau rasa tak sedap badan je terus makan ubat memang taknak biar melarat tapi malam tadi ok je sihat normal ceria kanak kanak ribena tup tup bangun pagi tadi dah rasa lain macam tapi terpaksa jugak bangun mandi and pergi kerja mandi sejuk ketar macam nak terguling aku kat bilik mandi tu pijak je simen rasa lemah lutut aku sejukkkkkk B sedap dok berlingkar dalam selimut jeles saya tau huhuhu pagi ni nak makan memang tak selera minum milo kotak je untuk makan ubat and untuk tenaga dah beli nasi bungkus dan roti tapi macam taknak je cepatla kol 2 aku nak balik tido n rehat kalau tak kebah lg, esok terpaksa cuti huhu

Roll out the red carpet! It's a night to mingle with the stars @ #AstroIPTV Hollywood Party!

Roll out the red carpet! It's a night to mingle with the stars @ #AstroIPTV Hollywood Party!

berkat ayatul kursi

assalamualaikum tak tahula kenapa petang semalam lepas balik je dari kerja ada a few incidents yang berlaku kat aku yang boleh memudaratkan aku tetapi aku selamat tanpa ada masalah apa apa kebiasaannya setiap hari aku dok berulang alik pergi balik kerja memang jarang sangat jpj atau polis buat roadblock yang area kubang kerian ni tup tup semalam ada nasib baik pagi tu sebelum datang kerja aku nak tukar kereta dengan B B tak bagi sebab roadtax mati selalu dia bagi je walaupun aku konfiden  tak akan ada tup tup petang semalam ada nasib baik sangat... lepas tu masa tengah berderet kereta kat tengah jalan tiba tiba je kereta depan aku break mengejut dahla masa tu aku tengah texting dengan B kaki memang tengah slow slow tekan brek tapi mata kat hf angkat je muka kereta depan stop tiba tiba dahla kereta baru kalau aku tabrak memng habisla..huhu lepas tu pulak masa otw balik dari rumah mak sampai je kat selekoh tajam, tiba tiba muncul lori bawak pasir makan jala...

sila periksa kenderaan anda!!

assalamualaikum pagi tadi bila nak gerak g keje bukak je pintu kereta nak panaskan enjin tiba tiba ada binatang bergerak terus masuk bawah dashboard kerete aku aku pun ambik sandal and pukul pukul dashboard terus binatang tu keluar and menyusup tepi kerusi terus ke belakang bukan cicak! lagi besar dari cicak saiz macam anak biawak aku yang terkejut terus melompat keluar dari kereta aku terus bukak semua pintu kereta and check celah celah kerusi cuak jugak takut melompat ke apa kalau setakat cicak atau lipas aku memang tak heran tapi ni saiz dia besar kaler macam krim gitu aku ni dahla penggeli dengan biawak and paling takut buatnya anak ular ke apa terus ambik handbag dengan beg kain smayang and beg makanan naik balik atas rumah and kejut B tengah dok sedap tidor lagi dengan cemas kejut kan B and cakap ada binatang dalam kereta B dalam mamai cakap cicak banyakla cicak pastu aku cakap nak tukar kereta sebab takut nak drive pastu B cakap takpe takpe benda tu da...

Kenapa Aku Menangis?????

assalamualaikum kenapa aku suka menangis? aku pun tak tahu dari kecik sampaila ke besar pantang sedih pantang kecewa pantang frust pantang terharu pantang kena marah pantang kalah pantang tak puas hati pantang geram pantang apa apa jelah asik nak menangis je keje aku actually bukan salah aku pun tapi saluran air mata aku ni besar sangat agaknya sampai airmata asik nak keluar je muahahaha kalu family and kawan rapat aku tahula setakat mana lenjanya aku ni contoh: bulan puasa kat rumah sewa nak masak aku kol mak tanya resepi pun aku bantai nangis apa motifnya?huhu aku pun tak tahu hati ni mudah sangat terharu and terus menangis tak kental langsung padahal aku ni garang bekeng n kuat marah and memberontak tapi manja lenja mengalahkan baby tu yang pelik tu sekarang bila dah kawin pantang ada tak kena je mula la nak nangis B yang sangat penyabar dengan aku tu pun panas hati je kalu aku nangis.hehe sebabnya dia tak tahu apa kenapa aku nangis kalau dia t...

baju batik yang mana B?

assalamualaikum setiap khamis orang keje gomen kena pakai batik kan? tapi masuk kali ni dah 3x aku gosok baju batik untuk B hari rabu hehehe nak kata tua baru umur 27 tahun beranak pun tak lagi tapi aku punya perangai pelupa mengalahkan nenek orang hari rabu selalu ingat khamis.huhu sebab aku akan pergi keje awal dari B bangun pagi dalam 6.30 and gosok baju b dulu B nak pakai baju batik yang mana? dalam mamai B biasa jawab yang mana mana jelah so aku pun gosokla ikut pilihan hati aku pastu gantung gosok seluar siapkan underwear dengan stokin siapkan tshirt, pelikat, seluar dengan boxer untuk petang sekali selepas tu mandi and smayang subuh and pergila kerja dengan senang hati sampai je tempat keje ada mesej dari B "hari ni rabu!" kuang kuang kuang aku pun dengan gelak termalu akan kol B hari rabu orang tak pakai batik and suruh B gosok baju lain muahaha kesian B tiap minggu asik gitu je hari pun aku boleh lupa apala nak jadi dengan aku ni ...

bersyukur......

assalamualaikum sekarang ni kat kelantan kalau tengahari panas terik sampai nak pecah kepala buaya hehe orang tua la yang cakap gitu perumpamaannya tapi kalau dah petang dan malam mulala nak hujan ribut petir guruh dan sebagainya nak drive pun kena bawak slow je merangkak dalam hujan kena pasang lampu hujan memutih sampai tak nampak apa malam semalam aku drive otw balik ke rumah hujan selebat lebatnya sampaila kat satu tempat selisih dengan satu motosikal penunggangnya memang basah kuyup walaupun dia macam pakai baju hujan dekat tempat duduk belakang dia ada barang yang dia beli aku tengok macam pampers and dalam kotak maybe susu la kesian dia meredah hujan yang maha lebat tu bungkusan barangnya sampai dah nak terjatuh ke jalan memang nampak la dari mukanya.. sempat lagi aku jeling tengok dia strunggle meredah hujan tu automatically aku macam oohhh kesiannya aku bersyukur aku bawak kereta and tak basah gitu lepas tu mulala kepala otak aku menerawang gitu...

Monday Blues - The Lazy Song

Image
assalamualaikum takde mood arini malas nak menulis malas nak membaca malas nak buat apa apa huhuhu enjoy!!!

FunFriday - Kisah Pakwe Makwe

 assalamualaikum jom baca cerita pakwe yang ada makwe sengal ni.. Sepasang pakwe-makwer tengah memandu di highway ayer keroh telah di tahan polis pakwer : ada apa masalah encik ? polis : anda di dapati memandu melebihi 110km pakwer : mana ada encik,saya cuma pandu dalam 100km jer...mungkin meter saya rosak kot.. makwer : abang tak baik tipu polis tue...tadikan abang pandu lebih dari 150km... polis : saya juga akan saman encik kerkenaan lampu brek encik tidak berfungsi... pakwer : yeker lampu brek saya tak berfungsi? saya tak perasaan encik...minta maaf,nanti saya betulkan makwer : abg..kan abg dah tahu berkenaan lampu tue rosak 2 minggu lepas..saya sendiri beritahu abg .. polis: saya juga akan saman encik sebab encik tak pakai tali pinggang... pakwer: saya baru jer bukak encik....masa encik tahan saya... makwer : abg nie..kan abg tak pernah pakai tali pinggang...tak baik tipu encik nie si pakwer yang tak tahan dengan kerenah m...

craving for........lately!!!!

Image
assalamualaikum entri kali ni pasal aku punya nafsu makan takdela membuak sangat pun tapi adala time time yang aku rasa nak makan tu je hatta dapat makan setiap hari pun takpe tak boring tak muak asik nak makan je kalu nak kata mengidam bukan mengidam sebab memang sejak dari azali lagi memang cenggini la perangai aku kalu suka apa apa memang aku akan usaha nak biar dapat jugak setia pada yang satu pulak tu sebab tu kalu ada satu tempat or somtehing yang sedap di tekak aku sampai ke sudahla aku nak cari jugak untuk memuaskan selera makan aku ni.hehe tapi semenjak dua menjak ni adala a few stuff yang aku asik nak makan je pertama sekali nasi air tiap hari aku makan pun tak muak.hehe nasib baik kedai sebelah kiosk B ada jual so wajibla aku mengorder yang kedua big apple donats faveret aku california almonds dengan yang walnut tu memang la sangat menyelerakan tekak aku kalu rasa nak makan, sanggup je drive sampai tesco sema...

bikin panasssss ajer!!! part1

assalamualaikum hari ni dah gerak awal keluar g kerja tapi still lewat 10 minit sebabnya berderet deret lori kat tengah jalan so kereta kereta terpaksala terhegeh hegeh ikut lori yang selalunya lembab 60km/jam.hehe tapi aku ada je taktik bila nak sampai kat simpang aku tengokla yang mana jalan lori tu ikut kalu dia g straight aku masuk simpang kalu dia masuk simpang aku jalan terus tapi arini bukan nak bercerita pasal lori nak cite pasal penunggang motosikal especially penunggang motosikal perempuan setahu akula motor dia kena stay belah kiri tapi asal kena ngan aku je duduk kat tengah tengah jalan punyala seluas luas jalan tu ko nak duduk jugak kat tengah tengah selalunya yang pompuan la bawak motor ala ala lemah gemalai gitu sebab kalu yang lelaki bawak motor kemain laju potong belah kanan yang tu tak kesahla ni dahla kita ni berderet kereta ko nak jugak terhegeh kat tengah tengah jalan tu memang la bikin panas je tu belum masuk lagi part yang budak po...

WithWordWednesday

Jika denganmu salah Kutak mahu yang benar Jika denganmu rebah biarlah kutercalar Walau dilanda badai Kusanggup kerna ku mahu Kita berdua bersatu

TipsyTuesday - Berurusan Dengan Lelaki

assalamualaikum bertemu lagi kita di tipsy tuesday.hehe minggu ni aku nak kongsi tip berurusan dengan lelaki tapi dah lupa sumbernya dari mana tak kisahla sebab benda yang elok kenala berkongsi kan? meh sama sama baca 1. Elakkan berurusan dengan lelaki, selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.  2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.  Elakkan bercakap melalui te...

DUIT BARU KERAJAAN MALAYSIA....RM6

Image
Assalamualaikum Bersempena duit syiling baru,  kerajaan mungkin akan memperkenalkan duit RM6  bagi menggantikan RM2 yang telah lama lupus  dalam tempoh masa yang terdekat.   Lebih mesra alam dan tiada pembaziran. ;)

KRU-3 Kata.wmv

Image
assalamualaikum jom layan monday blues minggu ni KRU - 3 KATA lagu terbaru dari KRU aku rasa keseluruhannya kita memang jarang sangat nak cakap i love sokmo kat pasangan kita tambah tambahnya kalau dah lepas kahwin contoh terdekat akula.hehe dulu masa couple kalau dah siap sembang kat telefon mesti cakap bye bye i love u B n B pun balas la..bye bye sayang..love u too kalu mesej pulak mesti nak muahmuahmuah tapi sekarang ni bila dah kawen..hello B, bla bla bla..ok babai. tuut.... hehehe gitula semua nak cepat and ringkas reasonnya dah jarang cakap i love tiap kali nak end up the conversation sebab rasa macam tak relevan je bincang pasal something yg takde kena mengena dengan hati dan perasaan  n tiba tiba nak love u bagai.hehe lainla dulu masa bercuople of course la dok menjiwang sokmo tapi as someone under pisces zodiac, aku quite romantic la jugak sebelum tido nak kissing n ckp love u B eventhough B dah tertido pun aku sti...

Cinta Tak Semesti Bersatu

assalamualaikum kisah minggu ini selamat membaca ;) Dua orang pemuda bersahabat baik. Dari kecil hingga dewasa hubungan mereka begitu akrab sekali. Tiada apa yang membezakan mereka dalam persahabatan walaupun mereka berbeza darjat. Pemuda A berasal dari keluarga berada, punya jawatan bagus dan berperwatakan menarik. Pemuda B pula seorang yang biasa biasa sahaja, cuma bekerja kampung untuk menjaga ibunya yang telah tua.  kedua dua pemuda menaruh hati kepada seorang gadis sekampung. Masng masing tidak mahu mengalah dan berundur diri. sehinggalah suatu hari mereka meminta gadis itu memilih salah seorang daripada mereka berdua. Ternyata, pemuda A menjadi pilihan hati. Pemuda B berasa sungguh kecewa. Pemuda A bersimpati dengannya. Namun pemuda B hanya tersenyum dan menyatakan: "Jangan kau risau. Tiada sesiapa yang tewas dalam kisah cinta ini. Cuma aku minta persahabatan kita dihentikan seketika. Aku ingin merantau. InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan bertemu ke...

mintak maap ya semua..oktober fool!!!! ;)

Image
assalamualaikum.. hehe seperti yang di duga semua yang baca entri aku semalam mesti dok ingat aku pregnant anak kembar kan? hehe jahat tol padahal tak pun aku cakap kembar je  banyak benda yang kembar kat dalam dunia ni bukan anak je.hehe actually aku kena mouth ulcer je pung bila tengok, rupanya kembar elok je terletak dua bijik dalam mulut aku patutla kemain sakit lagi tup tup terus dapat idea nak wat tricky entry gitu.hehe maklumla kalu dah nama pengantin basi berita kehamilan la yang ditunggu semua kepada kawan kawan aku bergurau je okay lambat lagi nak dapat anak kembar sorang pun tak terlekat lagi.hehehe jangan marah tau macam nilah rupanya ulser dalam mulut aku kali ni alhamdulillah rezeki dapat dua bijik elok je kembar duduk sebelah menyebelah berpakat nak menderitakan aku la tu pasni.huhu so kena standbye dengan bonjela jelah kat tempat keje pulak aku standby dengan oral aid pic from pak google a...

SizzlingSaturday- Nasi Ayam Taman Sri Tanjung

Image
assalamualaikum untuk segmen sizzlingsaturday minggu ni aku nak letak resepi Nasi Ayam Taman Sri Tanjung resepi ni aku dapat dari sorang kawan aku masa kat uitm dungun masa tu kirorang duk rumah sewa kat taman sri tanjung so selalu la main masak masak.hehe first time aku try buat nasi ayam ialah 2,3 minggu lepas nasib baikla menjadi and bagi aku memang tersangatla sedap.hehe memang tak sangka sebab first time try tu lagi sedap dari nasi ayam cikgu ismira.hehe pics from pak google BAHAN BAHAN Bawang putih Bawang merah Serai Halia Kunyit Jintan manis, jintan putih, ketumbar Garam, gula, perasa Kiub pati ayam Sup bunjut Cili kering kisar PERAPAN AYAM Tumbuk bawang merah, putih,serai, halia. Lumur di ayam, letak kunyit, jintan manis, jintan putih, ketumbar, garam, gula, perasa. Perap semalaman dan rebus dalam air yang banyak. Selepas rebus, lumur dengan kicap manis dan goreng. SUP AYAM Tumis kulit kayu manis, b...