Posts

Showing posts from 2020

RESEPI: IKAN SIAKAP STIM

Image
Assalamualaikum wbt. Disebabkan Muis baru pandai buat ikan siakap stim, jadi marilah kita share respinya di sini. As for me..aku tak suka follow 1 resepi. Biasa aku rujuk 2 atau 3 resepi dan tengok mana mana combination yang aku suka atau rasa sesuai. Biasa resepinya lebih kurang je pun tapi ada resepi berbeza bahan dan ada yang add on extra bahan. Macam resepi siakap stim ni, ada resepi yang suruh letak daun limau purut..tapi aku rasa macam pelik je. Rasanya tak perlu kot semua resepi ala thai kena letak daun limau purut. Just my 2 cents. 😏 Okay..enough with my bebelan. Here's the recipe. Untuk ikan. Basuh bersih. Nak hilang hanyir dengan tepung gandum atau limau nipis up to u. Then masukkan serai dan halia dalam perut ikan. Kelar ikan dan lumur dengan sedikit garam dan bawang putih tumbuk. Stim direct atas lubang steamer tanpa dilapik pinggan. Sebab aku taknak air ikan. Untuk kuah. Part 1 Panaskan 1 cawan air dalam periuk kecil. Tunggu mendidih dan masuk...

COVID-19

Image
Assalamualaikum wbt. Mesti kita semua tak jangka kan? Wabak yang bermula dekat China terus merebak ke negara kita jugak. Walaupun masa tu kecoh di media sosial, kita semua termasuk aku pun memang tak jangka akan begini seriousnya sampaila last week kerajaan umum Perintah Kawalan Pergerakan. Maksudnya disini...Wahai Rakyat Malaysia..janganla kamu datang kerja atau kemana mana dan dudukla kamu di rumah sahaja 😢😢😢 Orang lain aku tak pasti...tapi kalau aku lah semua ni memang boleh bikin stress. Lagikan cuti 3/4 hari pun aku dah jemu inikan 14 hari. Ya allah sabar jelah. Sekarang ni dah masuk hari ke6 and i am starting to stressing out. Rasa dah jemu dok tidur baring dalam bilik. Dah jemu hadap telefon hadap komputer. Dahla bilik tepi dapur. Muis tak kuad pun nak ganti puasa yang masih berbaki 3 hari ni. 😂😂😂 To make things worse...cuaca pun panas nauzubillah. Senang senang je aku boleh habiskan 2 ke 3 botol air yang 1 liter sehari. Malam tadi kot macam ada hujan. Hopefull...

Muis turns 36.

Image
Assalamualaikum wbt. Dah dekat 2 minggu baru ada mood dan berkesempatan nak update pasal besday tuan tanah. Iols is busy last 2 weeks. Kena check report. Kena sign buku report dan fail student. Then ada Parents' Meet jumaat dan sabtu minggu lepas. Nak update blog pun, gambar nak kena sorting, nak edit sikit sikit. Bukan main bubuh je. Kalau dulu dikala kerajinan update blog, gambar siap watermark lagi. Now, takde masa. Takdenya orang nak ambil gambar gambar aku ni. Kalau nak ambil pun, lantakla labu.huhu Ok, done intro. Berbalik pada cite besday Muis. Sempena genap umur 36, tetiba rajin nak sambut besday lagi sekali. Teringin nak masak masak sikit untuk kawan kawan di tadika. So aku decide nak buat spageti bolognese, then beli cheese cake dan cheese tart dengan kakak. Barang prep untuk masak spageti semua aku potong siap siap malam sebelum tidur. Pagi esoknya just bangun n campak campak jelah. Aku bangun dalam 5.45 dan siapkan semua x sampai sejam pun. Lepas tu baru m...

TTC Journey 2020 - Part 1

Image
Assalamualaikum. Akhirnya, after 4 years..dibukakan jalan untuk aku kembali proceed dengan infertility treatment. Btw, thanks untuk kawan sekerja last year, dari dia aku baru tahu yang kos IVF di Husm sekarang ni lebih murah if compare dengan 4 tahun lepas. Oh ya, untuk sesi IVF yang dulu di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT, aku cuma sempat pergi 1x untuk kaunseling. Dapat offer IVF sekali masa bulan Nov 2016 yang terpaksa ditolak. Lepas tu bila call setiap bulan, tak ada rezeki untuk proceed sehinggalah aku malas dah nak call dan biarkan masa terus berlalu. Hujung tahun lepas, macam datang seru tak tahu kenapa. Yakin lepas ni bajet dah ada untuk bayar IVF dan insha Allah tak akan dibazirkan untuk benda lain. So, bila aku decide untuk start treatment balik, benda pertama yang aku buat adalah call HSNZ. Kad rawatan pun dah lupa letak mana, tapi takpe, call je no 09-621 2121 dan minta sambungkan ke talian untuk KLINIK O&G rawatan IVF. Masa tu dalam bulan 11/2019 kot. ...

RESEPI KERABU MEGI SIAM SELERA MUIS

Image
Assalamualaikum wbt. Dah lama tak share resepi kat blog ni. Almaklumla...asyik masak resepi sama je.😅 Lagipun sejak tukar layout baru..dah takde senarai resepi kat sidebar.  Aku suka jugak layout blog minimalis macam ni, tanpa background kaler dan fancy fonts. Tapinya kengkadang rasa simple la pulak. Macam dah tak berapa ada aura blog dahulu kala. Btw, ni dah masuk kali ke 3 atau 4 kot, aku try buat kerabu megi sendiri.  Surprisingly, hasil kali ni memang rasanya meletop kebabom. Kalau tak caya tengokla. Nampak sedap kan? 😍😍😍 Pendek kata kalau sedap cenggini, dengan suami pun aku taknak share..😄😄😄 Meh sini Muis share resepi jelah ya. nak makan buat sendiri. Sesuai dengan namanya, memang aku letak bahan bahan yang aku suka je.  Ada takde dalam resepi orang lain..lantak. Ni portion untuk 1 bungkus jelah ek. -1 pek Megi Serda aka Megi Siam -🍤/🐙/Crabstick-ni je lauk pauk aku suka untuk kerabu megi. *Crabstick pun aku su...

KE TUMPAT. KENDURI & PENGKALAN KUBOR.

Image
Assalamualaikum. Happy Chinese New Year 2020. Tak sangka CNY dis year..tahun tikus. Btw Muis lahir tahun 1984, tahun tikus juga ya. 2020 ni kan tahun yang ditunggu tunggu, kereta terbangla, wawasan 2020 la. Teringat a long long time ago...pernah dulu kira umur, bila masuk tahun 2020, Muis dah 36 tahun. Masa tu siap imagine lagi, dah 36, anak dah ada berapa orang..anak sulung dah sekolah darjah berapa. Tapi bila tahun 2020 ni sampai, semua tu nan hado. Kahwin je. Anak still zero.hahaha Oh ya, cuti CNY tahun ni, sekolah start cuti dari hari Khamis sampaila Isnin. Selasa dah buka sekolah ya. Disebabkan CNY first day jatuh hari Sabtu, so negeri Kelantan dan yang sewaktu dengannya dapat cuti gantian hari Isnin. So weekend ni jadi 4 hari. Cuti kali ni, sorang staff tadika kahwin. Kendurinya pulak nun jauh di Tumpat. Disebabkan aku ni dah berpuluh tahun tak jejak Tumpat, so memang berkobar la semangat nak pergi kenduri kali ni. Tapi macam yang aku dok bagitahu kawan kawan,...

INSOMNIA.

Image
Assalamualaikum.  Insomnia is a common sleep disorder that can make it hard to fall asleep , hard to stay asleep , or cause you to wake up too early and not be able to get back to sleep .  Inilah masalah yang aku hadapi sekarang.  No1. Hard to fall asleep.  Sekarang ni aku rasa susah sangat nak lelap walaupun mata dah mengantuk, walaupun aku dah offscreen hf dan komputer, walaupun aku dah tutup lampu, walaupun aku memang dah ready nak tidur.  Pernah dari pukul 10 lebih, aku gelisah tak boleh nak lelap sampaila pukul 2 pagi.  Memang aku ni dari dulu sejenis susah dah tidur kalau dah melepasi waktu kritikal tidur, tapi lately makin teruk. Itu yang buat aku makin rungsing.  bab tidur ni memangla dari aku remaja, aku bukan jenis yang mudah tidur dan suka tidur.  Sebab tu bila kat asrama sekolah dan diploma pun, aku memang pastikan yang aku akan tidur sebelum pukul 12 malam.  Sebab aku tahu, selepas 12 malam...konfem aku akan cer...

2020.

Assalamualaikum. Tengok kejap tadi, last date update blog 17.6.2019. Alahhhh..baru 6 bulan lebih je tak update, tapi rasa lama bebenau tak membebel kat sini.hihi Insha Allah..tahun ni dah bertekad nak kembali aktif menulis. Sebab for me, menulis ni macam aku bercerita, tanpa perlu fikirkan penerimaan orang. 1 cara nak releasekan tension. Walapun hidup aku takdelah segempak dan best mcm orang lain..tapi I am what I am. Bahagia dalam lingkungan aku yang tersendiri. Bahagia dengan cara sendiri. Aku bersyukur je dengan perjalanan hidup sehari hari. Tak lebih dan tak kurang juga dari orang lain. Rasanya banyak sangat benda nak bercerita. Tapi asyik tertangguh. I sebabnya..bloggeroid apps di telefon..sekarang dah tak boleh update gambar directly. Geram je. Terus potong stim nak upload. Aku ni jenis visual person. Suka update blog bergambar. Macam boring je nak menulis sajo. Tapi untuk hari ni..malas nak cari gambar dalam telefon. Belum plan betul2 apa content untuk m...